Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran



Merumus respons pelajar dengan wordclouds.com


Di hujung kuliah TMP2654 Web-based System Development semalam, saya minta pelajar merumuskan apa yang mereka telah pelajari dalam tempoh 1 jam 50 minit yang lalu. Mereka diminta menulis refleksi dalam kurang 140 aksara di Todaysmeet.com/syahrul

Macam-macam komen saya terima. Yang kurang berkaitan dengan subjek pun ada. Ada yang terlebih ingat tentang kopi yang saya beli dari mesin vending di luar Makmal Unix. Ada yang teringat slogan kursus iaitu Hello??? Ola la!

Tetapi lebih penting ialah saya mahu melihat apakah perkataan yang paling banyak keluar daripada mulut jari mereka semasa membuat refleksi. Tugas merumus ini dimudahkan dengan menggunakan wordclouds.com.


Daripada awan perkataan yang dijana oleh Wordclouds.com, saya dapati mereka kata kuliah saya semalam sebagai fun, easy dan paling penting love! Mereka suka CSS!



Anugerah Akademik UNIMAS 2015 (Anugerah Pengajaran)




Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah. Penat lelah selama hampir 15 tahun mengajar mendapat penghargaan daripada pihak pengurusan Unimas. Bagi saya penghargaan itu tidaklah penting sangat. Yang lebih penting penat lelah keringat yang saya perah mendapat pengiktirafan.


How to engage your student?



Under the Effective Teaching and Learning Program, we are delighted to announce a workshop on Learning Engagement and Motivation by our UNIMAS Master Trainers. 
The trainer, Hj Syahrul Nizam Junaini (FCSIT) has undergone a series of training organised by AKEPT (Higher Education Leadership Academy). 

Date: 23 & 24 Feb 2016
Time: 8.00 am to 4.45 pm
Venue: CALM Seminar Room
 
Synopsis: The workshop aims to strengthen the knowledge about learning engagement and motivation (LEM) among lecturers. Sessions will be conducted in Interactive mode and discussions will be focusing on concept and practice of LEM. Approaches to learning, predictors of learning and motivation and methods of engaging students in their learning process will be presented.
    At the end of this module, participants should be able to achieve the following learning outcomes:
    1. Explain the concept of LEM
    2. Identify the predictors of LEM
    3. Discuss the various methods to engage and motivate learners
    4. Apply the various methods to engage and motivate learners in the unique contexts of their respective classrooms


    Privasi dan keselamatan data




    What T&L-related problem do you want to solve?



    Pembelajaran lebih seronok dengan Quizizz


    Konsep learning gamification membolehkan pensyarah (dan guru) mewujudkan transformasi dalam proses penilaian. Kuiz dalam bilik kuliah secara tradisinya dibuat dengan kertas dan pen. Ianya membosankan pelajar dan pensyarah sendiri.

    Sebelum ini saya peminat setia laman learning gamification Kahoot.it. Sehinggalah hari ini saya terserempak dengan pesaing terdekatnya Quizizz.com. Saya temui maklumat tentang Quizizz melalui Scoop.it.

    Quizizz sedikit berbeza berbanding Kahoot dari segi cara kuiz dijalankan.

    Pelajar TMC3613 Web-based System Development kendalian saya begitu teruja setiap kali saya membuat kuiz dengan Kahoot.it. Malah dalam kursus SSX0022 Hubungan Etnik setiap kumpulan pelajar yang membuat pembentangan mingguan akan membuat sendiri kuiz dan bermain bersama rakan.

    Namun persoalan lebih penting ialah bagaimana memastikan engagemen atau keterlibatan pelajar dalam aktiviti kuiz dalam talian ini. Hal ini penting kerana tanpa motivasi, ada pelajar yang tidak berminat turut serta dalam aktiviti kuiz atau mengalah kerana soalan terlalu sukar.

    Jangan lupa juga pastikan rangkaian wife wifi di dalam kelas cukup pantas. Penyelesaian lain ialah dengan meminta setiap pelajar mengeluarkan telefon pintar masing-masing. Atau aktiviti pengajaran boleh dijalankan di makmal komputer.


    Pengajaran interaktif dengan Google Docs


    Google Docs adalah satu alatan yang 'hebat' bagi digunakan dalam pembelajaran. Saya telah menghasikan satu dokumen dalam bentuk jadual. Nama pelajar dimasukkan ke dalam kotak tertentu. Kemudian mereka perlu menjawab soalan yang disediakan.


    Menariknya, setiap pelajar akan 'diwakilkan' dengan avatar berbentuk binatang. Setiap pelajar dapat melihat jawapan soalan daripada pelajar lain dalam bentuk masa sebenar (real time). 

    Menurut educatorstechnology.com, antara kelebihan Google Docs yang patut diketahui para pendidik adalah seperti berikut:
    • Percuma, mudah guna dan mesra-pengguna
    • Berfungsi sebagai tempat yang selamat untuk mengurus dan menyimpan dokumen
    • Membolehkan lebih seorang pelajar mengakses dokumen sama dan bekerjasama menyiapkan tugasan dsb.
    • mempunyai fungsi chat bagi membolehkan pengguna bersembang sambil berkerja. 
    Hebat bukan?

    Bagaimanapun, Mansor (2012) menyenaraikan tiga kekangan penggunaan Google Docs:

    • Apabila talian Internet menjadi perlahan, teks yang ditaip pada Google Docs juga muncul dengan perlahan.
    • Konflik berlaku apabila lebih seorang pengguna menaip pada satu dokumen yang sama secara serentak.
    • Tiada fungsi menampal imej yang di-print-screen secara terus ke dalam dokumen.

    Rujukan

    Mansor, A. Z. (2012). Google Docs as a Collaborating Tool for Academicians. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 59(0), 411–419. doi:http://dx.doi.org/10.1016/j.sbspro.2012.09.295


    Self-regulated learning



    3P Model of Teaching and Learning



    Learning engagement and motivation



    Ceramah komuniti jenayah siber




    Effective teaching for outcome-based higher education



    Effective teaching strategy using mind map



    Pensyarah sebagai motivator



    Tugas sebagai motivator seperti Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah bunyinya memang gah. Namun cabarannya juga menggunung. Sebagai motivator tuan punya badan itu sendiri perlu sentiasa termotivasi. Bagaimana dia boleh memotivasi orang lain jika dia sendiri tidak termotivasi?

    Sebagai fasilitator tugas saya memudahkan pelajar mempelajari bagaimana mereka boleh sentiasa termotivasi. Tugas saya juga memastikan mereka sentiasa tahu kepentingan motivasi dalam hidup mereka. Apabila pelajar faham kepentingan mereka termotivasi, baharulah mereka mula membuat tindakan bagi berusaha.

    Apabila ada langkah pertama, maka akan wujud langkah kedua dan seterusnya.



    Pensyarah teladan pelajar



    Kepimpinan melalui teladan--kata orang tidak berapa nak putih macam saya. Kata orang putih pula lead by example. Kata orang putih yang agak genius pula:
    Setting an example is not the main means of influencing another, it is the only means. (Albert Einstein)
    Saya meminta pelajar datang awal. Maka sewajarnya saya sendiri yang mesti datang awal ke kelas. Walaupun kuliah hanya bermula pada pukul 9.00 pagi. Pada 8.45 pagi saya biasanya sudah bersedia di bilik kuliah.

    Saya tidak dapat beralasan bahawa oleh kerana rumah saya terletak 25.8 km dari kampus UNIMAS, maka saya tidak dapat datang awal. Jarak itu termasuk saya memusing beberapa ekor bulatan gergasi di sekitar Kuching dan Samarahan.

    Dalam senario buatan orang, apabila saya datang ke kelas pada pukul 8.10 AM, pelajar anggap saya membenarkan mereka datang lewat. Malah saya menghukum mereka yang datang awal dengan tidak menegur mereka yang datang lewat.

    Kepimpinan Melalui Teladan--konsep asas khalifah dalam ajaran Islam.

    Sumber imej: http://joeelylean.blogspot.com/2008/04/walk-talk.html


    Meja pensyarah



    Ngeri pun ada apabila saya melihat gambar di atas. Meja pensyarah menjadi cermin tentang peribadi pensyarah. Meja yang penuh dengan timbunan kertas jurnal dan tugasan pelajar menunjukkan dia seorang yang sibuk (teori ini tidak semestinya benar).

    Hari ini saya ingin kongsikan satu tip inovasi di tempat kerja. Sejurus sampai di pejabat, lapangkan meja kerja. Pindahkan segala dokumen, khazanah lama dan harta Qarun karun yang tiada kaitan dengan kerja hari ini ke tempat lain. Di atas meja hanya ada komputer, dokumen dan benda yang diperlukan sehingga pukul 5 petang ini sahaja.

    Di pejabat saya ada banyak almari. Saya sumbatkan sahaja segala harta harun karun ke dalamnya.

    Rakan Facebook saya, Puan Dayang Rahanah mengatakan bahawa perkara ini telah diamalkannya sejak 8 tahun yg lalu. Kata beliau:
    "... Aku teringat dgn bekas pengetua aku di St.Teresa Isekarang telah bersara, Mr.Tan. Amalan beliau sebelum balik petang, meja mesti dikemaskan supaya esok bila kita sampai pejabat meja kita dalam keadaan kemas. Jadi mood kerja pun bagus. Bayangkan kita datang pagi meja kita berselerak. Maka Otak kita mungkin juga akan berselerak. Secepat mana pun kita nak balik petang. Kemaskan meja kita dahulu. Cuba amalkan. Rasai perbezaannya."
    Selamat mencuba!

    Kredit gambar: ErgonomicChair.com


    Karisma


    Nabi Muhamad pemimpin agung. Perkara ini terbukti apabila baginda mempunyai ciri karisma yang jelas. Personaliti yang hebat menyerlahkan lagi ciri karisma itu.

    Profesor Shahul Hameed, presiden Pergerakan Islam Kerala, India menyenaraikan beberapa faktor yang menyebabkan baginda mempunyai ciri karisma yang sempurna. Kata beliau baginda insan yang peramah, mesra dan penyayang. Baginda juga bersopan santun dan bertolak ansur. Seni bahasa badan yang dipaparkan menyerlahkan lagi karisma baginda. Senyuman manis sentiasa terukir pada wajah baginda yang tampan lagi mulia.

    Sadullah Khan dari Muslim Bridges.Org yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat menyenaraikan beberapa tip bagi membina karisma. Tip yang diberinya dipetik daripada contoh praktikal Rasulullah. Antaranya:
    • Bergaul dengan semua orang. Para sahabat berasa dihargai apabila ketua negara yang hebat, masih mahu merendah diri bagi bergaul dengan mereka.
    • Layan semua orang sebaik mungkin. Anas bin Malik RA pernah merekodkan bahawa beliau langsung tidak pernah dimarahi oleh baginda. 
    • Utamakan orang lain. Dalam banyak riwayat, baginda didapati memuliakan orang lain, walaupun orang itu tidak seagama dengan baginda.

    Semoga kita dapat membina karisma alam diri kita. Caranya tidak lain tidak bukan. Melainkan dengan meniru 100% bagaimana baginda membina karisma.


    Percaya



    Kepimpinan biasanya dikaitkan dengan kepercayaan. Apabila orang mempercayai kita maka mereka dengan sukarela mengikuti kita. Pemimpin biasanya mahu dipercayai. Namun ada yang terlupa bahawa bagi menjadikan kita dipercayai, maka percayakan orang lain terlebih dahulu.

    Seorang pemimpin yang hebat percaya kepada pengikutknya. Seorang pengurus yang hebat percaya kepada pekerjanya. Dengan memberi kepercayaan sepenuhnya, maka pekerja berasa dia dihargai. Malah salah satu kepuasan utama dalam hidup ialah rasa dihargai.

    Banyak kajian menunjukkan bahawa sikap saling mempercayai dan rasa hormat merupakan pemangkin bagi menjadikan kita orang yang hebat. Apabila kita sebagai pemimpin mempercayai orang bawahan, maka mereka akan mempercayai kita. Kata Lao Tzu, "Orang yang tidak mempercayai, tidak akan dipercayai." Abraham Lincoln menambah bahawa seseorang dipercayai akan mengembalikan kepercayaan itu.

    Perkara ini juga dibuktikan oleh Muhammad SAW dalam kepimpinannya. Walaupun dia imam yang hebat, namun diberinya kepercayaan kepada Abu Bakar RA sebagai imam. Abu Bakar pula sangat menghormati, mencintai dan menghargai Rasulullah. Lebih daripada dia menghargai nyawanya sendiri. Hebat!

    Kredit gambar: http://marketwala.files.wordpress.com/2011/03/trust.jpeg


    Mesra



    Pada 6 Jun 2011, saya dijemput menyampaikan ceramah kepada 661 pelajar baharu Pusat Pengajian Pra-Universiti, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Ceramah bertajuk Alam Kampus Satu Realiti. Ceramah sempena majlis ikrar pelajar Sesi 2011/2012.

    Sebelum saya berceramah, Naib Canselor Unimas, Prof. Datuk Dr. Khairuddin Ab. Hamid berucap terlebih dahulu. Beliau seperti biasa berdiri di rostrum.

    Kemudian tiba giliran saya. Sejurus sampai ke rostrum, segera saya ambil pembesar suara. Terus saya bawa ke tengah pentas. Saya tidak mahu berceramah dengan gaya berucap. Saya tidak mahu rostrum menjadi penghalang komunikasi. Ia menjadikan saya seolah-olah bersembunyi. Saya mahu (baca: berangan-angan) menjadi seperti Steve Jobs, CEO Apple. Beliau mesra-audiens.

    Dengan berdiri di tengah pentas, saya lebih jelas pada pandangan audiens. Saya juga menjadikan ceramah saya bersifat dua hala (berbeza dengan ucapan yang bersifat satu hala). Malah beberapa kali saya turun ke bawah pentas. Saya mahu lebih hampir, lebih dekat, lebih mesra (terasa seperti YB pula).


    Saya berpegang pada tip yang diberikan Nick Morgan penulis Give Your Speech, Change the World. Kata beliau dalam artikel How to Connect With Your Audience by Moving Closer:

    Kamu tidak dapat membuat impak sebenar, melainkan kamu masuk ke ruang peribadi seseorang.
    Jarak yang dimaksudkan ialah sekitar 1.5-4 kaki. Teknik bagi memperkasa komunikasi melalui bahasa badan ada saya huraikan dalam buku Seni Bahasa Badan. Saya akan terus menggunakan teknik ini pada sesi ceramah saya akan datang. Saya mahu lebih mesra.


    Surat


    Biasanya surat dari KL ke Kuching mengambil masa beberapa hari. Namun surat yang baru saya terima ambil masa 3 minggu! Sebenarnya surat itu sudah lama sampai. Namun dimasukkan posmen (Pos Malaysia) ke peti surat JIRAN saya. Jiran saya pula tidak tinggal di situ. Beliau menetap di Bintulu. Beliau pulang sebentar sempena cuti sekolah.

    Nasib baik kami terserempak malam tadi. Beliau sedang membasuh kereta. Sejurus saya keluar rumah, segera saya ditegurnya:

    Ada banyak surat kitak dalam peti surat kamek, salah hantar sidak nya (Baca: Ada banyak surat tuan dalam peti surat saya, mereka (posmen) silap hantar.

    Salah satu sampul sudah tercedera (baca: terkoyak). Isi surat yang bernilai beribu-ribu lemon itu hampir koyak. Nasib baik bahagian yang koyak itu bukan pada bahagian terpenting.

    Moral cerita ini juga ialah saya perlu lebih mesra sesama jiran. Walaupun beliau cuma berada di rumah sekali-sekala. Jiran sepakat, membawa berkat. Itulah kata-kata Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional.

    TIP INOVASI: Saya perlu tampalkan nombor rumah dengan jelas pada peti surat. Jika perlu saya akan pasang papan tanda besar-besar yang tertera nama saya: SINI WILAYAH TAKLUK SULTAN SYAHRUL NIZAM BIN JUNAINI! (Watak filem Nujum Pak Belalang terbitan 1959).

    p.s.: Rakan Facebook saya, Tuan Ahmad Kamal Effendy mengatakan bahawa di Jepun, semua nama penghuni rumah termasuk anak kecil pun ditulis bersama nombor rumah.


    Simplisiti


    Dalam inovasi dengan blog, ciri utama dan terpenting ialah simplisiti. Kamus Kamus Inggeris-Melayu Dewan mendefinisikan simplisiti (simplicity) sebagai:

    n   1.  plainness, kesederhanaan, sederhana.
    Saya kongsikan tiga tip bagaimana memastikan elemen sederhana dalam reka bentuk blog:

    1. Kurangkan elemen tidak penting. Kurangkangkan iklan. Hentikan lagu yang terpasang dengan sendirinya. Ia menyerabutkan dan membingintkan telinga. Buang widget yang tidak perlu.
    2. Tekankan elemen ringkas. Pilih elemen reka bentuk seperti garisan, imej dan logo yang ringkas. Lebih ringkas, lebih menarik.
    3. Pilih templat yang kemas. Ia membuat pengunjung terpikat. Bagi saya templat dengan latar belakang putih paling kemas. Saya suka latar belakang putih.
    Sepanjang pelayaran saya di Internet, laman Google adalah yang paling simpel. 


    Mungkin bagi tuan punya blog, katanya: "Ini blog saya, suka hati saya lah saya hendak letakkan apa sahaja saya suka." Namun dia lupa blog adalah untuk orang lain (pengunjung).

    Kemas kini 31 Oktober 2011: Walaupun simpel, namun saya mahu ia secocok dengan trend reka bentuk laman web 2011 yang kontemporari.

    TIP INOVASI: Inovasi kecil boleh membawa kesan besar. Jadi perincikan sekecil-kecil perkara dalam perkara yang kita inovasikan.


    Belajar


    Saya sudah menjadi pensyarah di UNIMAS lebih 10 tahun. Pengalaman itu menemukan saya dengan macam-macam ragam pelajar. Daripada segi cara belajar, saya temukan juga seribu satu gaya.

    Secara umumnya kita mencerap maklumat menggunakan tiga deria utama. Ia dipetakan dengan tiga konsep bagaimana maklumat dicerap:

    • Melihat > Visual
    • Mendengar > Auditori
    • Menyentuh > Kinestetik
    Ketiga-tiga konsep visual, auditori dan kinestetik turut membentuk personaliti kita. Sebagai pelajar, kita wajar mengetahui gaya pembelajaran manakah yang lebih serasi dengan diri kita. Ambil ujian bagi mengetahui gaya pembelajaran yang sesuai dengan kita. Hasil ujian ini bagi diri saya ialah:

    You are a very visual learner.
    You probably use visual references a lot and say things like "I see now" or "I get the picture." You like to see demonstrations, diagrams, slides, charts, and other visual aids in the classroom. You take great notes and you probably use color coded highlighting. You could benefit by drawing outlines of your notes and creating pictures of processes or events that you study. Always write down explanations and instructions. Use flash cards when available.
    Kemudian belajarlah dengan menekankan elemen itu. Tonton video ini bagi maklumat lanjut.



    Tip komunikasi: Konsep ini juga dapat kita praktikkan dalam komunikasi. Sebab itu penting kita meneka terlebih dahulu bagaimana seseorang lebih mudah menerima mesej kita. Kemudian sesuaikan.


    Borneo Post





    Posted on April 5, 2011, Tuesday, Borneo Post

    KUCHING: Reading contributes not only to an individual’s well-being, self-development and progress but also towards the nation and world.

    The reading habit and a wider dissemination of books are signs of progress within a country, State Library’s acting chief executive officer Japri Bujang Masli shared with the participants of ‘Bicara Orang Muda (BOM)’ programme yesterday.

    He noted that people do read in general, either blogs and online articles on the Internet, emails, books or newspapers, but a person’s seriousness and commitment in reading to acquire knowledge could be improved.

    “Each person has his or her own liking and subject of reading. But there are still a lot of effort to be made to improve the reading habit and create a life-long learning culture,” he emphasised yesterday.

    Reading is a must for socioeconomic improvement and intellectual development of a country, which help to create a high income nation, he added.

    “It is hard to determine if Malaysians have poor reading habit because everyone does read. The matter now is their seriousness in reading and how far they are willing to practice this life-long learning which can be useful in their careers too,” said Japri.

    More than 30 people attended the programme which aims to give a platform to literature writers to give their views and share knowledge on creative writing.

    Other speakers included Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) lecturer Syahrul Nizam Junaini, and Persatuan Karyawan Sastera Sarawak (Perkasa) head Ja’afar Hamdan, as well as officer from Dewan Bahasa dan Pustaka Sarawak Branch, Awang Zaidel Jamil.


    Satu logo




    Pada 18 November, saya dipertanggungjawab oleh Dekan bagi memberi taklimat berkaitan FSKTM UNIMAS keapda 30 pelajar, diiringi 3 pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) Politeknik Mukah Sarawak.

    Saya menggunakan satu logo UNIMAS yang cukup besar sebagai latar belakang. Semasa saya bercakap, audiens agak bosan melihat logo yang terpapar agak lama. Jadi mereka menumpukan perhatian ke arah wajah/badan saya yang bercakap.

    Trik ini penting jika kita berasa bahawa audiens asyik merenung pada skrin, dan bukan pada kita yang bercakap.

    Baca berita lanjut dan kredit gambar di sini...


    Tip khutbah


    Saya sendiri juga baru sekitar 10 kali dijemput menyampaikan khutbah. Namun saya rasa terpanggil berkongsi ilmu, teknik dan tip bagi meningkatkan kualiti penyampaian khutbah. Antara tip penting adalah:

    1. Jangan taipkan teks lengkap. Taipkan bullet point sahaja.

    2. Sampaikan khutbah seperti wartawan pelapor dari tempat kejadian, bukan seperti pembaca berita di studio.

    3. Sampaikan dengan semangat, fikir dan risau sebagaimana Rasulullah SAW berdakwah kepada para sahabat.

    4. Habiskan zikir pagi (Subhanallah 100X, Alhamdulillah 100X, Allahuakbar 100X).

    5. Baca surah Yasin sekurang-kuranya sekali.

    6. Baca al-quran beberapa ayat sebelum azan jumaat. Jika boleh 1 juz (habiskan nisab/bacaan harian bagi hari itu)

    7. Solat sunat hajat 2 rakaat. Mohon dimudahkan segala urusan dan difasihkan lidah.

    8. Panjang khutbah sekitar 15 minit. Jangan lebih 20 minit. Makmum akan bosan, mengantuk, kepanasan.

    9. Doa kepada Allah supaya difasihkan lidah, dimudahkan urusan, diberi kesan pada hati pendengar.

    10. Pastikan bacaan ayat al-Quran tepat. Bacakan sekurang-kurangnya 1 kali ayat quran/matan hadis dalam bahasa arab di depan ustaz/qari. Tanya beliau sama ada tepat atau belum.

    11. Pendekkan bilangan perkataan dalam satu ayat kepada cuma 10 perkataan maksimum.

    12. Kurangkan perkataan dengan 3 dan lebih suku kata.

    13. Berhenti sebentar (pause) selama 2 atau 3 saat antara perenggan.

    14. Panggil "Sidang jumaat..." bagi memulakan setiap permulaan kepada isu utama.

    15. Niat sebagai dakwah (bukti kita juga Umat Nabi yang cuba-cuba meniru Nabi).


    Berubah


    Orang yang berjaya melihat perubahan sebagai satu peluang ke arah situasi masa depan yang lebih baik. Sebaliknya orang yang gagal melihat perubahan sebagai satu ancaman terhadap situasi semasa, yang mereka sangka sudah cukup baik.

    Sebenarnya minda kita sendirilah yang sebenarnya menentukan ke mana kita akan pergi dan sejauh mana kita akan mencapai kejayaan. Namun masalahnya kita sering berasa terlalu gembira dengan situasi semasa. Dalam masa sama kita cemburu dengan mereka yang situasi semasa mereka lebih hebat berbanding kita. mungkin mereka selesa berada di zon selesa mereka.maka perubahan yang berlaku memang menjadi ancaman..

    Kata Puan Ainon (Pengerusi PTS): "Kalau tidak ada perubahan, maka tidak akan ada masalah-masalah baru, juga takkan ada peluang-peluang baru."

    Tambah beliau,"Jangan menunggu perubahan, sebaliknya kita yang memulakan perubahan, barulah kita tahu masalah-masalah yang akan turut tercipta, dan kita sudah sediakan penyelesaiannya, supaya sesiapa yang ditimpa masalah itu nanti akan perlu mendapatkan kita bagi menyelesaikan masalah."

    Katanya lagi, "Dalam bisnes, perubahan adalah sumber pendapatan baru yang paling utama. Sesiapa yang tidak mencipta perubahan, dia terpaksa menjadi mangsa perubahan."

    Kesimpulannya, perubahan asas kepada kecemerlangan yang kita semua impikan. Orang yang tidak berubah tidak akan kemana-mana. Perubahan harus dimulakan mesti pun kecil.

    Jadi tunggu apa lagi? Tutup tetingkap blog ini dan mulakan kerja!


    KLfm


    Tajuk Buku : ANAKKU CELIK KOMPUTER
    Penulis : Shahrul Nizam Junaini
    Terbitan : Buku Prima
    Muka Surat : 158


    Buku kedua minggu ini pula bagi ibu bapa yang masih mencari idea untuk memberikan pendidikan awal mengenai IT menerusi buku Anakku Celik Komputer tulisan Syahrul Nizam Junaini terbitan Buku Prima. Perkembangan teknologi maklumat tanpa sempadan semakin pesat seantero dunia. Bagaimanapun, pemantauan ibu bapa perlu agar anak-anak mendapat panduan yang tepat mengenai penggunaanya ke arah kebaikan. Tidak semua perisian sesuai untuk kanak-kanak. Ada sebahagiannya berunsur ganas malah mereka juga mungkin terdedah pada perkara yang boleh memanipulasi pemikiran mentah mereka.

    Buku ini berguna bagi ibu bapa membantu kanak-kanak seawal usia setahun untuk mengenali dan memahami fungsi komputer. Antara yang menarik dalam buku ini, bagaimana untuk membina kepetahan bahasa, mencetus kreativiti anak, membina daya ingatan visual, panduan memilih perisian pembelajaran, risiko permainan online dan banyak lagi. Semuanya dalam buku Anakku Celik Komputer oleh Syahrul Nizam Junaini terbitan Buku Prima. Pasti berbaloi untuk ibu bapa.


    Best seller












    Alhamdulillah, buku Persembahan Hebat dengan PowerPoint mendapat sambutan pembaca. Ia berada di tangga ke-5 sebarai terlaris 1-15 Ogos 2010 bagi kategori bisnes dan pengurusan di portal PTS. Terima kasih atas sokongan tuan/puan.


    Akademia pentas akliah, wadah kepemimpinan Oleh Dr Zaini Ujang


    Disalin secara verbatim daripada Berita Harian 2010/07/02

    MULAI minggu lalu, puluhan ribu mahasiswa baru mendaftar di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dalam pelbagai jurusan ilmu. Dijangkakan 77,500 mahasiswa akan memulakan pengajian sesi akademik 2010/11 di universiti awam, 23,000 di politeknik dan 8,650 di kolej komuniti. Sebahagian lagi di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan universiti luar negara.

    Menurut perancangan, pada sesi akademik ini keseluruhan enrolmen mahasiswa di IPTA dan IPTS dijangka melebihi 500,000 peringkat sarjana muda. Jumlah ini ditokok lebih 66,000 peringkat sarjana dan hampir 25,000 peringkat kedoktoran. Peningkatan ini ketara berbanding enrolmen 2006, iaitu kira-kira 350,000 (sarjana muda), 36,800 (sarjana) dan 9,600 (kedoktoran).

    Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya mengikuti pengajian dan hidup baru kepada semua mahasiswa baru. Kesempatan ini perlu digunakan sebaiknya kerana hidup berbekalkan ilmu adalah lebih bermakna kepada diri sendiri, keluarga dan negara. Hal ini selari dengan inisiatif Kerajaan Malaysia untuk memajukan ekonomi berasaskan inovasi dan kreativiti.


    Seperti biasa, kemasukan mahasiswa ke IPT tempatan disongsong pelbagai isu. Ada isu agak bersifat negatif seperti pengangguran siswazah, penawaran kursus pengajian tidak seperti dipohon, skim biasiswa dan tabung pinjaman serta reputasi IPT tempatan, khususnya IPTS. Isu ini saban tahun diperkatakan. Kita berharap tidak memberi kesan negatif kepada motivasi dan aspirasi mahasiswa baru.

    Pada hemat saya, isu ini juga perlu difahami mahasiswa baru dan ibu bapa dalam konteks semasa dengan menyedari bahawa peranan universiti sebagai institusi pengajian tinggi dan pembudayaan ilmu yang mungkin tidak lagi bersifat ‘menara gading’.

    Barangkali tidak salah dirumuskan bahawa ketika ini peranan universiti, termasuk di kebanyakan negara maju, telah mengecil kepada proses pengijazahan dan penyelidikan. Universiti juga mungkin tidak lagi sinonim dengan budaya menara gading. Hal sedemikian kerana ketika ini hampir semua universiti lebih menumpu kepada perkembangan program akademik relevan dengan situasi semasa, terutama permintaan pasaran kerja.

    Tumpuan ini telah ‘menyedut’ hampir seluruh kapasiti dan sumber universiti dari segi modal insan, pentadbiran, pengiktirafan, kualiti dan pemasaran. Kadangkala, dapat dirasakan betapa menjadi staf akademik tidak lagi memerlukan kemantapan intelektual dan kesegaran idealisme terhadap akademia. Lebih diperlukan ialah pengetahuan khusus pada peringkat PhD dalam bidang tertentu, kecekapan mengurus, kebijaksanaan mengelola dan sikap positif terhadap kerjaya.
    Aspek yang menjurus kepada pembinaan minda kreatif dan inovatif, serta pembudayaan ilmu seperti wacana, diskusi dan persekitaran mesra intelektualisme tidak lagi menjadi trend dan aset penting. Bahkan personaliti sedemikian semakin pupus di kampus. Jarang kedengaran diskusi ilmiah mengenai isu pokok membabitkan perkembangan semasa dalam arena politik, ekonomi, sosial, sains atau teknologi. Kalau pun ada, tidak begitu mendapat sambutan. Itupun dengan segala perkiraannya supaya tidak bersifat sensasi dan sensitif, bukan saja di kalangan mahasiswa, malah staf akademik.

    Dengan fokus universiti ialah proses pengijazahan maka hampir semua program kampus berorientasi pengijazahan, termasuk bersukan dan berpersatuan di mana mahasiswa mendapat kredit tertentu. Kalau dilihat secara negatif, maka ketara betapa nilai kesukarelaan yang selama ini menjadi salah satu asas penting pembangunan minda kelas pertama semakin terhakis. Begitu juga dengan kesediaan dan ‘kerakusan intelektual’ dalam konteks untuk menambah ilmu dalam bidang tidak berkaitan dengan program pengijazahan juga kian pudar.

    Secara idealnya, proses pembinaan budaya ilmu tidak perlu terikat kepada keperluan dan syarat pengijazahan semata-mata. Ini perlu difahami dalam konteks luas dan semasa di mana ilmu pengetahuan dan pelbagai perkembangan lain berlaku dengan pantas bersifat global dan lintas disiplin ilmu. Seorang profesor atau mahasiswa kejuruteraan misalnya, perlu pendedahan sedikit sebanyak terhadap perkembangan penting dalam bidang lain, seperti ekonomi, politik, sosial, agama, bioteknologi, ICT dan pertanian.

    Saya tidak pesimis dengan persekitaran intelektual di IPT tempatan. Persekitaran sedemikian barangkali memang dirancang untuk maksud tertentu. Namun, persekitaran dan perkembangan yang berlaku tidak selari inisiatif kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membina ekonomi berteraskan inovasi dan kreativiti. Persekitaran sedemikian juga tidak membantu Malaysia menjadi pusat kecemerlangan pengajian tinggi di rantau ini.

    Dalam keadaan universiti memberi fokus kepada permintaan pasaran kerja dan tidak begitu peka terhadap pembangunan intelektualisme, IPT tempatan masih dikatakan tidak mampu melahirkan siswazah memenuhi keperluan pasaran kerja, terutama dari segi pembangunan insaniah.

    Inilah realiti menanti mahasiswa baru. Persoalannya apakah mahasiswa baru mampu membantu menyegarkan iklim intelektualisme di kampus tempatan? Apakah proses pengijazahan dapat dijalani tanpa menyerahkan seluruh kudrat dan harakat mahasiswa baru untuk menyemarakkan nilai kesukarelaan, kemahiran insaniah dan minda inovatif?

    Penulis ialah Naib Canselor, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)


    Bengkel Buat Duit Sebagai Penulis Sambilan siri 2


    Saturday, July 24, 2010
    8:30am - 5:00pm
    Kuching, Sarawak

    R.K. Management & Services, Kuching akan menganjurkan bengkel penulisan buku khas bagi warga Kuching/Sarawak buat kali ke-2.

    TESTIMONIAL PESERTA BENGKEL SIRI PERTAMA
    "Bengkel yang baru dianjurkan amat bermanfaat. Walaupun saya telah membaca banyak buku mengenai penulisan tetapi bengkel ini telah membangkit semngat baru dalam diri saya untuk menulis." ~ Dr Aini Murni, Hospital Pakar Kuching.
    "Bengkel penulisan yang berbaloi-baloi." ~ Cikgu Asmah Ashat.
    OBJEKTIF

    Di akhir bengkel ini, peserta dapat:
    - Mengetahui teknik menjana pendapatan dengan cuma menulis buku secara sambilan di rumah.
    - Menghasilkan sebuah bab contoh daripada buku untuk diterbitkan.
    - Menyediakan kertas cadangan penulisan buku untuk dihantar kepada penerbit.

    KANDUNGAN

    - Bagaimana menjana pendapatan pasif melalui buku?
    - Membedah buku
    - Tip penulisan retorik dan persuasif
    - Disiplin pengarang prolifik
    - Rahsia metod KJ bagi menulis 5 buah buku serentak
    - Rahsia teknik ATM bagi menulis secara adaptasi
    "Dahsyatnya teknik ATM dan metod KJ" ~ Dr Aini Murni, Hospital Pakar Kuching.
    SESI PRAKTIKAL

    - Menulis proposal buku
    - Menulis satu bab contoh

    EKSKLUSIF: Peserta akan didedahkan dengan rahsia kejayaan buku Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni yang laris di pasaran. Ia hanya pernah dibongkar kepada cuma 12 peserta kursus siri pertama.

    TRAINER

    Syahrul Nizam Junaini merupakan pensyarah universiti sepenuh masa dan juga penulis sambilan. Walaupun menulis secara sambilan dan pada hujung minggu, beliau kini telah menulis 4 buah buku. Buku terbaru beliau, Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni terpaksa diulang cetak tidak sampai dua bulan selepas diterbitkan. Selain itu, beliau juga telah menulis lebih 100 makalah yang tersiar di Utusan Sarawak, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Al-Islam dan banyak lagi.

    YURAN

    RM150 termasuk bahan kursus, makan dan minum.


    PERTANYAAN

    Hubungi Sdr Abdul Razak sekarang juga di 019 8487955 atau 082 254955. Jangan lepaskan peluang membuat duit dengan menulis. Jadi hadiri bengkel, tulis dengan betul, dan lihat bagaimana wang masuk dalam akaun bank anda! TEMPAT SANGAT TERHAD!


    Bengkel Buat Duit Sebagai Penulis Sambilan


    Biarlah gambar-gambar ini berbicara sepuasnya...


    Kata peserta, Dr Aini Morni dalam blognya, Mari Menghidupkan Budaya Membaca, "Bagi saya, teknik ATM (Amati, Tiru dan Modifikasi) dan kaedah KJ (Kawakita Jiro) amat mengujakan. Ianya ibarat 'machine gun'. Pelaburan saya menyertai bengkel ini amat berbaloi."


    Bengkel Buat Duit Sebagai Penulis Sambilan



    Alhamdulilillah saya telah mengendalikan bengkel Buat Duit Sebagai Penulis Sambilan pada 12-13 Jun 2010 di Sarawak Industrial Promotion & Exhibition Centre (SIPEC), Jln P Ramlee, Kuching, Sarawak. Program kelolaan R.K. Management & Services ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta.
    "Bengkel yang baru dianjurkan amat bermenafaat. Walaupun saya telah membaca banyak buku mengenai penulisan tetapi bengkel ini telah membangkit semngat baru dalam diri saya untuk menulis." - Dr Aini Murni
    "Bengkel penulisan yang berbaloi-baloi." ~ Cikgu Asmah Ashat
    Bengkel ini membongkar rahsia menulis dengan betul, dan menerima cek pertama beberapa bulan akan datang (dan pada setiap bulan)!


    Pentingnya perpustakaan di rumah


    Kajian oleh Mariah Evans menyatakan dengan mempunyai sebuah perpustakaan di rumah, dengan jumlah buku 500 buah,  anak kita akan mendapat ekstra 3.2 tahun pendidikan. Kajian selama 20 tahun ini jelas menunjukkan pentingnya perpustakaan di rumah yang dapat memberi kesan kepada pendidikan anak-anak. Baca maklumat lanjut daripada Nevada News.

    Abstrak kertas kerja beliau adalah seperti berikut:

    Children growing up in homes with many books get 3 years more schooling than children from bookless homes, independent of their parents’ education, occupation, and class. This is as great an advantage as having university educated rather than unschooled parents, and twice the advantage of having a professional rather than an unskilled father. It holds equally in rich nations and in poor; in the past and in the present; under Communism, capitalism, and Apartheid; and most strongly in China. Data are from representative national samples in 27 nations, with over 70,000 cases, analyzed using multi-level linear and probit models with multiple imputation of missing data.
    Rujukan: M.D.R. Evans, Jonathan Kelley, Joanna Sikora, Donald J. Treiman, Family scholarly culture and educational success: Books and schooling in 27 nations, Research in Social Stratification and Mobility, Volume 28, Issue 2, June 2010, Pages 171-197. 


    Alhamdulillah, perpustakaan mini rumah saya telah mendapat tempat ke-3 pertandingan Perpustakaan Keluarga (kategori rumah teres/bandar) peringkat negeri Sarawak 2006.


    Bengkel Buat Duit Sebagai Penulis Sambilan









    Saturday, June 12, 2010 at 8:00am
    Sunday, June 13, 2010 at 5:00pm
    Location: Sarawak Industrial Promotion & Exhibition Centre (SIPEC), Jln P Ramlee, Kuching, Sarawak

    R.K. Management & Services, Kuching buat julung kalinya akan menganjurkan bengkel penulisan majalah dan buku khas untuk warga Kuching/Sarawak.


    OBJEKTIF

    Bengkel ini membongkar rahsia dan teknik bagaimana untuk menjana pendapatan cuma menulis secara sambilan di rumah. Di hujung kursus peserta akan dapat menghasilkan sebuah artikel majalah untuk diterbitkan. Selain itu, sebuah peserta akan dapat menyediakan kertas cadangan penulisan buku untuk dihantar kepada penerbit.


    KANDUNGAN

    Hari Pertama (Penulisan Artikel Majalah)

    - Buat duit dengan menulis artikel
    - Di mana mencari idea?
    - Membedah majalah
    - Teknik mengarang pantas dan berkesan
    - PRAKTIKAL: Menulis artikel majalah

    Hari Kedua (Penulisan Buku)

    - Menjana pendapatan pasif dengan wang royalti
    - Membedah buku
    - Disiplin pengarang prolifik
    - Rahsia menulis 5 buah buku serentak
    - PRAKTIKAL: Menulis proposal buku

    EKSKLUSIF: Peserta akan didedahkan dengan rahsia kejayaan buku Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni yang laris di pasaran. Ia tidak pernah dibongkar di mana-mana kursus sebelum ini.


    TRAINER

    Syahrul Nizam Junaini merupakan pensyarah universiti sepenuh masa dan juga penulis sambilan. Walaupun menulis secara sambilan dan pada hujung minggu, beliau menulis hampir 100 artikel majalah yang tersiar di Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Al-Islam dan banyak lagi.

    Beliau kini kolumnis tetap di majalah Pa&Ma. Semasa menjadi kolumnis di akhbar Utusan Sarawak beliau telah menulis lebih 30 artikel.

    Hingga kini beliau telah menulis 4 buah buku. Buku terbaru beliau, Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni terpaksa diulang cetak tidak sampai dua bulan selepas diterbitkan.


    YURAN

    RM200 untuk dua hari termasuk bahan kursus, makan dan minum.


    PERTANYAAN

    Hubungi Sdr Abdul Razak sekarang juga di 019 8487955 atau 082 254955. Jangan lepaskan peluang membuat duit dengan menulis. TEMPAT SANGAT TERHAD!

    Jadi hadiri bengkel, tulis dengan betul, dan anda akan menerima cek pertama beberapa bulan akan datang (dan pada setiap bulan)!


    ICT Day 2010 - Sarawak Economic Development Corporation (SEDC)


    Saya dijemput membuat pembentangan pada 31 Mac 2010 sempena ICT Day 2010 - Sarawak Economic Development Corporation (SEDC).




    Tip menulis buku daripada Profesor Abdullah Hassan


    1. Dorongan menulis ilmu itu sebagai ibadat adalah sangat membantu. (Saya mengetahui perkara ini, tetapi pertama kali saya diberi penjelasan yang baik adalah sekitar 20 tahun dulu. Apabila Tuan Haji Zainal Abidin Safarwan, penyusun Kamus Melayu Besar Utusan, memberi tahu saya beliau sudah 36 tahun mengerjakan Kamus itu, - pada masa itu - dengan bertemankan timbunan bahan bacaan dan sebuah radio, hanya mengharapkan balasan pahala Allah, agar setiap huruf dalam bukunya itu sama seperti sebiji gandum yang akan bercambah tujuh ... dan setiap cabang berbuah 100 biji, dan setiap biji akan mengulang proses yang sama, untuk selama-lamanya.) Bayangkan berapa huruf yang Tuan tuliskan!! Apabila Tuan memahaminya, Tuan tidak perlu berkahwin dengan penulis lagi!!!

    2. Lebih penting, banyakkan membaca (mendengar kuliah orang pandai), dan apabila ada banyak maklumat tentu kita akan gatal tangan mahu menulis lagi....

    3. Mesti ada teknik. Itulah sebabnya penulis PTS diwajibkan menghadiri kursus menulis. Dengan teknik yang berkesan, kerja sukar menjadi mudah.

    4. Mesti ada alat kerja yang baik. Alat kerja penulis adalah bahasanya. Penulis yang menggunakan bahasa Melayu Tinggi akan lebih mudah mengungkapkan konsep dan proses yang tinggi dan sukar. Dalam bahasa rendah, ada konsep dan proses yang tidak dapat diungkapkan dengan baik.

    5. Mesti ada falsafah kerja yang disuruh oleh Islam. Pendeknya, apa yang tidak disuruh oleh Islam, janganlah dibuat. Tidak perlu juga kita berdebat panjang mencuba menghalalkan apa yang tidak.


    Ceramah di SMK Agama Matang, Kuching


    Pada Sabtu dan Ahad lepas (23-24 Jan 2010) saya telah dijemput untuk program motivasi pelajar di SMK Agama Matang Kuching. Doakan saya semoga apa yang saya sampaikan memberi bekas dalam jiwa pelajar. Seorang rakan saya cadangkan agar program motivasi dibuat secara bersiri, bermodul, berstruktur, berfeedback dan ada follow up keberkesanannya.

    Sebenarnya saya percaya usaha membaiki diri akan membawa kepada yakin diri dan self-esteem yang lebih tinggi. Jadi usaha mendengar ceramah motivasi atau membaca buku motivasi diri atau self-help seperti buku ini adalah antara kaedah yang terbaik.

    Dalam ceramah motivasi saya, saya telah minta para peserta cakapkan semula apa yang mereka dengar sejam yang lalu kepada rakan mereka di sebelah. Sekurang-kuranya mereka sudah sampaikan semula apa yang saya telah sampaikan, walaupun belum lagi mengamalkan apa yang mereka dengar.

    Tetapi ada orang bertanya kenapa hari-hari kita mesti cerita tentang motivasi. Maka saya hairan mengapa hari-hari kita mesti mandi? Sudah mandi hari semalam, hari ini kita tidak perlulah mandi. ;-)


    Anakku Celik Komputer - Laman Buku Prima


    Anakku Celik Komputer
    Syahrul Nizam Junaini
    RM 18.50
    ISBN: 978-967-5234-99-6
    ~168 hlm
    Bahasa Melayu
    Mengetengahkan peranan ibu bapa dalam membantu anak-anak seawal usia setahun untuk mengenali dan memahami fungsi komputer. Artikel-artikel ini adalah koleksi penulisan Syahrul Nizam Junaini dalam ruangan Anak dan ICT (kini Anda & ICT) di Majalah Pa&Ma.

    Tarikh Terbit: 28 Dis 2009


    Kanak-kanak dan komputer bukan lagi satu perkara yang asing. Malah mereka turut menjadi sebahagian pengguna teknologi ini. Namun begitu, sebagai ibu bapa, menjadi tanggungjawab kita untuk memantau segala aktiviti mereka yang melibatkan penggunaan komputer. Tidak semua laman web atau perisian sesuai untuk kanak-kanak. Ada sesetengahnya berunsur ganas malah terdedah pada perkara yang boleh memanipulasi fikiran mereka. Dengan mematuhi garis panduan serta kawalan yang cukup, komputer boleh diguna pakai dalam membantu meningkatkan proses pembelajaran kanak-kanak agar lebih mudah dan menarik. Dalam erti kata lain, jika dimanfaatkan sebaiknya oleh para ibu bapa, teknologi ini mampu meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Anakku Celik Komputer, merupakan koleksi artikel penulisan Syahrul Nizam Junaini dalam ruangan Anak dan ICT (kini Anda & ICT) di Majalah Pa&Ma. Buku ini mengetengahkan peranan ibu bapa dalam membantu anak-anak seawal usia setahun untuk mengenali dan memahami fungsi komputer. Selain itu, buku ini disarankan untuk mereka yang terlibat secara langsung dalam industri pendidikan kanak-kanak prasekolah sebagai rujukan.


    Testomonial pembaca - Persembahan Hebat dengan PowerPoint


    "Buku yang bukan saja menerangkan cara pengunaan PowerPoint malah, diselitkan tips-tips berguna sebagai persediaan ketika atau sebelum membuat persembahan. Amat berguna kepada eksekutif dan pegawai korporat yang berhasrat untuk memberikan impak kepada persembahan mereka. setiap mukasurat amat berbaloi."

    - Roslan S. Alibasa
    , Kota Kinabalu, Sabah.


    Malware dalang kerosakan sistem komputer di Malaysia


    KUALA LUMPUR 18 Dis. - Kira-kira 70.8 peratus daripada semua komputer yang mengalami kerosakan sistem di Malaysia pada separuh pertama 2009 adalah disebabkan oleh malware, demikian menurut kajian firma perisian, Microsoft Corp.

    Jumlah komputer yang dijangkiti meningkat begitu ketara berbanding 57.4 peratus pada separuh kedua 2008, kata Ketua Keselamatan dan Persendirian Serantau Asia Pasifik Microsoft, Jacqueline Peterson-Jarvis pada taklimat media di sini.

    Malware ialah perisian yang boleh diguna oleh penjenayah siber untuk mencuri akaun dan maklumat bank, mengesan segala apa yang ditaip oleh pengguna komputer, menghantar perisian berniat jahat atau spam dan merosakkan komputer.

    Laporan Perisik Keselamatan Microsoft mendapati kategori malware yang paling banyak terdapat di Malaysia ialah cecacing yang menyumbang 39.5 peratus daripada kesemua komputer yang dijangkiti.

    Sejumlah 32,387 komputer dijangkiti cecacing semasa separuh pertama 2009, 2,379 komputer oleh spyware dan 1,272 komputer oleh virus.

    Laporan itu mendapati jangkitan cecacing dalam ruang perniagaan meningkat hampir 100 peratus semasa separuh pertama 2009 berbanding enam bulan sebelumnya di seluruh dunia.

    Conficker merupakan cecacing paling banyak dikesan bagi perniagaan kerana cara ia membiak lebih efektif di persekitaran jaringan dalam lingkungan firewall.

    Peterson-Jarvis berkata, bagi separuh pertama tahun ini, produk dan perkhidmatan Microsoft telah menyingkir malware daripada lebih 13 juta komputer di seluruh dunia.

    "Internet Explorer 8 meningkatkan keyakinan pelanggan dalam talian dengan menyediakan peningkatan keupayaan mengawal dan melindungi data mereka.

    "Ia satu pendekatan keselamatan dan persendirian dari awal hingga akhir yang memberi fokus pada kejuruteraan sosial, pertahanan baharu serangan terhadap pelayan laman, dan kemajuan tambahan mempertahankan eksploitasi terhadap pangkalan penyemak pengimbas," katanya.

    Dilancarkan pada Mac tahun ini, Internet Explorer 8 mengandungi SmartScreen Filter baharu yang melindungi komputer dengan lebih baik dan memberi amaran apabila pengguna cuba melihat laman web atau turun muat fail yang berkemungkinan tidak selamat.

    "Ia berupaya menyekat dua hingga empat kali laman berniat jahat seperti penyemak lain di pasaran hari ini," kata Peterson-Jarvis.

    - BERNAMA (Utusan Online)


    Menghapus Jurang Digital


    Revolusi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membawa gelombang baharu dalam kehidupan manusia. Kesannya Internet telah menjadi prasyarat bagi pembangunan sesebuah negara. Permasalahannya selagi kemudahan ICT tidak diwujudkan dalam kalangan penduduk luar bandar, mereka akan terus menderitai wabak kejahilan digital. Artikel ini mengupas rangka kerja cadangan dalam usaha merapatkan jurang digital di Malaysia oleh pihak berwajib seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Selain itu, isu masa hadapan tentang kewujudan bandar raya wayarles seperti di Kuala Lumpur turut dibincangkan.

    Kandungan PEMIKIR Okt-Dis 2009. (PDF)

    Kredit gambar


    Bahan ilmiah patut diterbitkan


    Bahan ilmiah patut diterbitkan

    SARANAN Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tesis sarjana dan doktor falsafah (PhD) diterbitkan dalam bentuk buku wajar diberi perhatian oleh universiti-universiti tempatan.

    Membukukan bahan-bahan keilmuan itu mampu memperkaya dan merangsang suasana akademik di negara ini dengan percambahan ilmu, penyaluran idea dan perkongsian maklumat yang bermakna. Tambahan pula, usaha itu boleh menyebarkan khazanah ilmu dari menara gading bagi dimanfaatkan oleh negara.

    Penulis berpendapat tesis yang bermutu wajar diterbitkan untuk rujukan umum. Jika tidak sesebuah tesis yang dihasilkan atas usaha bertahun-tahun lamanya hanya dibaca oleh empat hingga enam individu iaitu penyelia dan pemeriksa yang dilantik oleh universiti. Pihak lain yang mungkin merujuk ialah mereka yang membuat penyelidikan dalam bidang itu.

    Persoalannya, wajarkah tesis yang boleh menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan negara hanya tersimpan rapi di rumah atau di pejabat pengkaji atau di rak perpustakaan universiti?

    Dengan menerbitkannya dalam bentuk buku, seperti yang dilakukan oleh Yayasan Nurul Yaqeen (YNY) dan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Sains Malaysia (USM), tentunya menambah koleksi buku ilmiah tempatan untuk manfaat masyarakat. Malah boleh dirujuk oleh masyarakat antarabangsa yang ingin mengetahui isu yang dikaji tentang Malaysia.

    Atas sokongan Muhyiddin yang juga Pengerusi YNY, buat julung kali baru-baru ini YNY dan USM bekerjasama mengadakan Anugerah Tesis Terbaik Tan Sri Muhyiddin Yassin 2009 peringkat nasional yang diberi kepada penyelidik peringkat sarjana dan PhD dalam ilmu berkaitan Islam.

    Dr. Fadzila Azni Ahmad dari USM dinobatkan sebagai pemenang sulung peringkat PhD dan menerima anugerah berupa pingat emas bernilai RM10,000 dan wang tunai RM5,000 dari Muhyiddin. Manakala tidak ada pemenang kategori peringkat sarjana.

    Penganjur yakin anugerah itu merupakan usaha yang sangat penting kepada perkembangan ilmu kerana dengan cara ini dapat menyumbang kepada peningkatan pengetahuan umat manusia.

    Dari satu segi, usaha YNY dan USM untuk membukukan tesis Fadzila adalah langkah positif kerana penyelidikan beliau akan dapat dimanfaat oleh pelbagai pihak termasuk institusi yang berteraskan Islam.

    Ini kerana tesis beliau yang bertajuk Kaedah pengurusan institusi-institusi pembangunan berteraskan Islam di Malaysia boleh digunakan sebagai model kerana hasil kajiannya sarat dengan pelbagai pandangan dan rujukan yang dibincangkan secara ilmiah dan terperinci. Tambahan pula beliau mengambil masa enam tahun untuk menghasilkannya.

    Penulis berpendapat tesis calon lain juga wajar dipertimbangkan oleh penganjur untuk diterbitkan memandangkan laporan jawatankuasa penilaian menunjukkan tesis mereka diberi penilaian yang tinggi.

    Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penilaian, Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh dari USM, terdapat 18 kriteria bagaimana sesebuah tesis sarjana dan PhD dinilai dan diangkat sebagai yang terbaik. Kriteria yang diambil kira adalah tajuk tesis dan kandungan, kepadatan abstrak, kejelasan penyampaian, susunan tesis, penggunaan bahasa dan tata bahasa, ejaan dan peristilahan.

    Kriteria lain adalah sudut tinjauan/sorotan bacaan, objektif kajian, metodologi, data yang dikutip dan dianalisis, interpretasi data dan kesimpulan, hubungan perbincangan dengan penemuan kajian, perbincangan, bahan rujukan, kekemaskinian bahan rujukan serta keaslian kajian.

    Oleh itu, calon-calon sarjana dan Phd yang berminat untuk menyertai anugerah itu pada tahun hadapan harus menitikberatkan kriteria yang disenaraikan jika ingin dipilih sebagai tesis terbaik dan diterbitkan.

    Namun, jika tidak berjaya menjadi yang terbaik, mungkin tesis yang dihasilkan itu tinggi mutunya dan boleh diterbitkan sebagai buku untuk dibaca dan dirujuk oleh pelbagai pihak.

    Tambahan pula di negara kita tidak banyak buku ilmiah dalam bahasa Melayu yang terhasil berdasarkan kajian yang boleh dirujuk oleh pencinta ilmu. Sejak sekian lama, sebahagian besar bahan dan buku ilmiah yang dirujuk di universiti masih dalam bahasa Inggeris yang majoritinya ditulis oleh pengkaji dan sarjana Barat.

    Muhyiddin berharap anugerah seumpama itu dapat menyemarakkan semangat dan merangsang calon-calon pasca ijazah dalam dan luar negara untuk menghasilkan kajian dan tesis dalam bidang keilmuan Islam yang bermutu tinggi seterusnya dibukukan.

    Dalam perkaitan ini, universiti tempatan wajar memberi sokongan kepada penerbit universiti masing-masing untuk menarik minat lebih ramai siswazah peringkat sarjana dan PhD untuk menerbitkan tesis. Selain royalti, penulisnya mungkin diberi ganjaran yang setimpal sebagai satu pengiktirafan atas usaha ilmiahnya.

    Malah tesis pelajar Malaysia di luar negara juga boleh diterbitkan jika didapati tinggi mutunya daripada dibiarkan menjadi rujukan dan dieksploitasi oleh universiti berkenaan.

    Jika kewangan menjadi kekangan, universiti tempatan mungkin boleh bekerjasama dengan organisasi korporat untuk mewujudkan anugerah dan menerbitkan tesis. Langkah ini dilihat sebagai memenuhi konsep Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) seperti yang diuar-uarkan oleh kalangan sektor korporat.

    Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman Penerbit Universiti Malaya (UM), bukanlah mudah untuk menarik minat siswazah menerbitkan tesis ke buku kerana memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian bagi menepati konsep dan keperluan penerbitan sebuah buku.

    Daripada ratusan lulusan sarjana dan PhD di UM, penerbitnya hanya berjaya merealisasikan beberapa buah tesis sahaja ke buku. Pada tahun 2008 misalnya, daripada 15 buku hanya enam diterbitkan dari tesis. Pada tahun ini, 22 buku diterbitkan dan hanya tiga daripada tesis siswazah.

    Penerbit UM turut mengadakan bengkel penulisan tesis ke buku sebagai usaha menarik minat golongan ilmuwan membukukan tesis mereka. Namun, kurang berhasil.

    Dari satu segi, usaha membukukan tesis dalam ilmu berkaitan Islam mungkin dapat membantu meningkatkan kegemilangan dan keunggulan Islam seterusnya bersaing dengan Barat.

    Hal ini diakui Muhyiddin bahawa pada masa ini kegemilangan dan keunggulan Islam semakin jauh ditinggalkan oleh Barat dalam bidang seperti sains, teknologi, ekonomi dan pendidikan. Fenomena yang berlaku menyebabkan kita bukan sahaja ketinggalan malah memperlihatkan seolah-olah negara-negara Islam semakin mundur dalam bidang pendidikan.

    Oleh itu, seperti saranan Timbalan Perdana Menteri, anugerah tesis terbaik itu serta membukukannya merupakan langkah awal yang digagaskan untuk mengembalikan keunggulan tamadun keilmuan Islam di Malaysia khasnya dan di dunia Islam umumnya.

    Penulis ialah Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya

    Utusan Online


    Bakal terbit : Anakku Celik Komputer



























    Buku Anakku Celik Komputer adalah buku ketiga tulisan saya selepas Persembahan Hebat dengan PowerPoint dan Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi, tetapi Seni. Buku terbitan Buku Prima ini adalah kompilasi artikel ruangan tulisan saya, Anak dan ICT di Majalah Pa&Ma terbitan Karangkraf.


    Penerbitan buku tidak seimbang jumlah penduduk


    KUALA LUMPUR 20 Nov. - Bilangan buku yang diterbitkan di negara ini masih belum seimbang dengan jumlah penduduk dan tidak mampu menampung keperluan pembacaan di kalangan rakyat.

    Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, statistik Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mendapati, hanya 16,044 judul buku diterbitkan pada 2008 sedangkan jumlah penduduk di negara ini mencecah 27 juta orang.

    Katanya, para penerbit seharusnya menerbitkan 27,000 judul buku pada tahun lalu tetapi pihak berkenaan hanya mampu mencapai separuh daripada sasaran tersebut.

    Sehubungan itu, katanya, semua syarikat penerbit di negara ini harus berusaha meningkatkan jumlah penerbitan buku dalam pelbagai bahasa supaya itu membantu memupuk amalan membaca di kalangan rakyat.

    ''Disebabkan jumlah yang tidak seimbang ini, kita tidak boleh salahkan tabiat membaca rakyat di negara ini semata-mata sebagai puncanya," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pra-Pelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 di Hotel Grand Season di di sini hari ini.

    Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom; Pengarah Majlis Buku Kebangsaan (MBKM), Abd. Halim Ismail dan Pengerusi PBAKL 2010, Datuk Ivan Hoe Wat Sing.

    PBAKL 2010 akan diadakan dari 19 hingga 28 Mac tahun depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

    Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung PBAKL 2010 dijadual merasmikan pesta itu.

    Mohd. Puad berkata, menjelang tahun 2020 iaitu ketika Malaysia berstatus negara maju, sekurang-kurangnya 30,000 judul buku pelbagai bahasa perlu diterbitkan di negara ini.

    Dalam hubungan ini, beliau mencadangkan supaya industri perbankan di negara ini memberi kemudahan pinjaman lebih longgar kepada penggiat industri buku.

    ''Saya berharap skim pinjaman lebih mudah akan diadakan khasnya kepada para penerbitan buku supaya ia membantu merancakkan industri penerbitan buku di negara ini," katanya.

    Katanya, kementerian juga akan melancarkan program pembacaan 'tujuh buku setahun' di kalangan semua penjawat awam mulai 2010 bagi menggantikan kursus tahunan tujuh hari yang diwajibkan sebelum ini.

    Menurutnya, program itu yang telah dipersetujui Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam juga bertujuan mengurangkan kos pembiayaan kursus.

    Sementara itu, Wat Sing berkata, PBAKL 2009 berjaya menarik perhatian 1.5 juta orang mengunjunginya dan bagi tahun 2010, pihaknya menyasarkan kehadiran dua juta orang.

    Syahrulnizam.com: Tunggu kemunculan sekurang-kurangnya dua buah buku tulisan saya di PBAKL2010!

    Sumber: Utusan Online


    Bersosial: Alam maya vs alam nyata




















    Sementara menunggu pesawat balik ke Kuching, saya berkesempatan lepak-lepak di Golden Lounge, KKIA. Ada lebih kurang 20 penumpang di sini. Kesemua mereka (termasuk saya) lebih memilih untuk bersosial dengan orang yang berada di alam maya seperti di Facebook berbanding orang di hadapan mata. Mengapa berlaku begini?

    Di dalam Facebook ada rakan yang kita tidak pernah lihat wajah mereka. Namun kita beriya-iya "add as friend" mereka. Namun di dunia sebenar kita sudah melihat orang itu di hadapan mata, tetapi masing-masing sibuk dengan hal sendiri.

    Adakah berbual-bual (chat) di Facebook lebih seronok dari di alam sebenar? Atau adakah kerana sudah sifat semulajadi manusia yang "mahu tetapi malu?" Atau adakah dengan bersemuka kita terpaksa "kontrol macho"manakala di Facebook kita boleh "hentam keromo"?

    Apapun. mungkin Facebook ini amat berguna untuk mereka yang memiliki personaliti 'introvert' atau pemalu.


    Pembelajaran sepanjang hayat





















    Tuan haji ini tidak mahu masanya terluang walau sesaat. Buku ditangan tekun dibaca sementara menunggu bas. Inilah konsep pembelajaran sepanjang hayat.