Tip menulis buku daripada Profesor Abdullah Hassan


1. Dorongan menulis ilmu itu sebagai ibadat adalah sangat membantu. (Saya mengetahui perkara ini, tetapi pertama kali saya diberi penjelasan yang baik adalah sekitar 20 tahun dulu. Apabila Tuan Haji Zainal Abidin Safarwan, penyusun Kamus Melayu Besar Utusan, memberi tahu saya beliau sudah 36 tahun mengerjakan Kamus itu, - pada masa itu - dengan bertemankan timbunan bahan bacaan dan sebuah radio, hanya mengharapkan balasan pahala Allah, agar setiap huruf dalam bukunya itu sama seperti sebiji gandum yang akan bercambah tujuh ... dan setiap cabang berbuah 100 biji, dan setiap biji akan mengulang proses yang sama, untuk selama-lamanya.) Bayangkan berapa huruf yang Tuan tuliskan!! Apabila Tuan memahaminya, Tuan tidak perlu berkahwin dengan penulis lagi!!!

2. Lebih penting, banyakkan membaca (mendengar kuliah orang pandai), dan apabila ada banyak maklumat tentu kita akan gatal tangan mahu menulis lagi....

3. Mesti ada teknik. Itulah sebabnya penulis PTS diwajibkan menghadiri kursus menulis. Dengan teknik yang berkesan, kerja sukar menjadi mudah.

4. Mesti ada alat kerja yang baik. Alat kerja penulis adalah bahasanya. Penulis yang menggunakan bahasa Melayu Tinggi akan lebih mudah mengungkapkan konsep dan proses yang tinggi dan sukar. Dalam bahasa rendah, ada konsep dan proses yang tidak dapat diungkapkan dengan baik.

5. Mesti ada falsafah kerja yang disuruh oleh Islam. Pendeknya, apa yang tidak disuruh oleh Islam, janganlah dibuat. Tidak perlu juga kita berdebat panjang mencuba menghalalkan apa yang tidak.

One Response


  1. Anonymous on July 27, 2010 at 1:04 PM

    Jangan sombong tak baca ini (hal bahasa di Indon) :-

    http://www.nst.com.my/nst/articles/16indoo/Article/

    Idah


Leave your comment