Tip khutbah


Saya sendiri juga baru sekitar 10 kali dijemput menyampaikan khutbah. Namun saya rasa terpanggil berkongsi ilmu, teknik dan tip bagi meningkatkan kualiti penyampaian khutbah. Antara tip penting adalah:

1. Jangan taipkan teks lengkap. Taipkan bullet point sahaja.

2. Sampaikan khutbah seperti wartawan pelapor dari tempat kejadian, bukan seperti pembaca berita di studio.

3. Sampaikan dengan semangat, fikir dan risau sebagaimana Rasulullah SAW berdakwah kepada para sahabat.

4. Habiskan zikir pagi (Subhanallah 100X, Alhamdulillah 100X, Allahuakbar 100X).

5. Baca surah Yasin sekurang-kuranya sekali.

6. Baca al-quran beberapa ayat sebelum azan jumaat. Jika boleh 1 juz (habiskan nisab/bacaan harian bagi hari itu)

7. Solat sunat hajat 2 rakaat. Mohon dimudahkan segala urusan dan difasihkan lidah.

8. Panjang khutbah sekitar 15 minit. Jangan lebih 20 minit. Makmum akan bosan, mengantuk, kepanasan.

9. Doa kepada Allah supaya difasihkan lidah, dimudahkan urusan, diberi kesan pada hati pendengar.

10. Pastikan bacaan ayat al-Quran tepat. Bacakan sekurang-kurangnya 1 kali ayat quran/matan hadis dalam bahasa arab di depan ustaz/qari. Tanya beliau sama ada tepat atau belum.

11. Pendekkan bilangan perkataan dalam satu ayat kepada cuma 10 perkataan maksimum.

12. Kurangkan perkataan dengan 3 dan lebih suku kata.

13. Berhenti sebentar (pause) selama 2 atau 3 saat antara perenggan.

14. Panggil "Sidang jumaat..." bagi memulakan setiap permulaan kepada isu utama.

15. Niat sebagai dakwah (bukti kita juga Umat Nabi yang cuba-cuba meniru Nabi).

One Response


  1. azhariahzuber on November 22, 2010 at 7:38 AM

    good tips


Leave your comment