Bersosial: Alam maya vs alam nyata




















Sementara menunggu pesawat balik ke Kuching, saya berkesempatan lepak-lepak di Golden Lounge, KKIA. Ada lebih kurang 20 penumpang di sini. Kesemua mereka (termasuk saya) lebih memilih untuk bersosial dengan orang yang berada di alam maya seperti di Facebook berbanding orang di hadapan mata. Mengapa berlaku begini?

Di dalam Facebook ada rakan yang kita tidak pernah lihat wajah mereka. Namun kita beriya-iya "add as friend" mereka. Namun di dunia sebenar kita sudah melihat orang itu di hadapan mata, tetapi masing-masing sibuk dengan hal sendiri.

Adakah berbual-bual (chat) di Facebook lebih seronok dari di alam sebenar? Atau adakah kerana sudah sifat semulajadi manusia yang "mahu tetapi malu?" Atau adakah dengan bersemuka kita terpaksa "kontrol macho"manakala di Facebook kita boleh "hentam keromo"?

Apapun. mungkin Facebook ini amat berguna untuk mereka yang memiliki personaliti 'introvert' atau pemalu.

3 Responses


  1. setiakasih on November 20, 2009 at 12:31 AM

    salam.. andai saya.. begitu di Fb..begitu lah saya..

    mungkin ada malu sikit di luar ya... tapi tak banyak beza.. :)

  2. Khairul Onggon on November 20, 2009 at 2:12 AM

    salam saudara. saya setuju dgn kenyataan entry saudara. mmg facebook telah menyebabkan komunikasi dgn manusia sebanar berkurang dan alam siber menjadi pilihan ramai org kerana "malu tapi mahu" ini.. :)

  3. syahrulnizam on November 20, 2009 at 8:20 AM

    @Setiakasih> Saya suka sifat peribadi anda yang sama di luar dan di dalam Internet.

    @Khairul> Kali sifat orang Melayu ya kali... p.s.: Kitak ada facebook? Add kamek http://www.facebook.com/syahrulnjunaini


Leave your comment