Pembelajaran lebih seronok dengan Quizizz


Konsep learning gamification membolehkan pensyarah (dan guru) mewujudkan transformasi dalam proses penilaian. Kuiz dalam bilik kuliah secara tradisinya dibuat dengan kertas dan pen. Ianya membosankan pelajar dan pensyarah sendiri.

Sebelum ini saya peminat setia laman learning gamification Kahoot.it. Sehinggalah hari ini saya terserempak dengan pesaing terdekatnya Quizizz.com. Saya temui maklumat tentang Quizizz melalui Scoop.it.

Quizizz sedikit berbeza berbanding Kahoot dari segi cara kuiz dijalankan.

Pelajar TMC3613 Web-based System Development kendalian saya begitu teruja setiap kali saya membuat kuiz dengan Kahoot.it. Malah dalam kursus SSX0022 Hubungan Etnik setiap kumpulan pelajar yang membuat pembentangan mingguan akan membuat sendiri kuiz dan bermain bersama rakan.

Namun persoalan lebih penting ialah bagaimana memastikan engagemen atau keterlibatan pelajar dalam aktiviti kuiz dalam talian ini. Hal ini penting kerana tanpa motivasi, ada pelajar yang tidak berminat turut serta dalam aktiviti kuiz atau mengalah kerana soalan terlalu sukar.

Jangan lupa juga pastikan rangkaian wife wifi di dalam kelas cukup pantas. Penyelesaian lain ialah dengan meminta setiap pelajar mengeluarkan telefon pintar masing-masing. Atau aktiviti pengajaran boleh dijalankan di makmal komputer.



Leave your comment