Simplisiti


Dalam inovasi dengan blog, ciri utama dan terpenting ialah simplisiti. Kamus Kamus Inggeris-Melayu Dewan mendefinisikan simplisiti (simplicity) sebagai:

n   1.  plainness, kesederhanaan, sederhana.
Saya kongsikan tiga tip bagaimana memastikan elemen sederhana dalam reka bentuk blog:

  1. Kurangkan elemen tidak penting. Kurangkangkan iklan. Hentikan lagu yang terpasang dengan sendirinya. Ia menyerabutkan dan membingintkan telinga. Buang widget yang tidak perlu.
  2. Tekankan elemen ringkas. Pilih elemen reka bentuk seperti garisan, imej dan logo yang ringkas. Lebih ringkas, lebih menarik.
  3. Pilih templat yang kemas. Ia membuat pengunjung terpikat. Bagi saya templat dengan latar belakang putih paling kemas. Saya suka latar belakang putih.
Sepanjang pelayaran saya di Internet, laman Google adalah yang paling simpel. 


Mungkin bagi tuan punya blog, katanya: "Ini blog saya, suka hati saya lah saya hendak letakkan apa sahaja saya suka." Namun dia lupa blog adalah untuk orang lain (pengunjung).

Kemas kini 31 Oktober 2011: Walaupun simpel, namun saya mahu ia secocok dengan trend reka bentuk laman web 2011 yang kontemporari.

TIP INOVASI: Inovasi kecil boleh membawa kesan besar. Jadi perincikan sekecil-kecil perkara dalam perkara yang kita inovasikan.

4 Responses


  1. Anonymous on June 4, 2011 at 11:36 AM

    setuju dengan tuan. orang selalu berkata blog adalah hak miliknya dan empunye blog boleh meletakkan apa sahaja,tapi kadang-kadang mereka lupa orang yang membacanya belum tentu selesa. Sebagai contoh meletakkan muzik. Mungkin ada yang suka akan lagu itu,mungkin juga tidak. Sedikit sebanyak ia akan menggangu pembaca blog untuk membaca blog tersebut. itu pendapat saya. :)

  2. syahrulnizam on June 4, 2011 at 12:13 PM

    Terima kasih atas pendapat tuan. :)

  3. Khirulnizam Abd Rahman on June 13, 2011 at 5:23 PM

    Harap tuan dapat pertimbangkan pelawat yg menggunakan telefon bimbit. Mereka memerlukan versi yg lagi simpel kerana kekangan skrin yg kecil.

    Saya sediakan tutorial ringkas untuk mengaktifkan versi telefon mudah alih. Sudi-sudikanlah...

    http://blog.kerul.net/2011/05/mobile-website-design-why-and-how.html

  4. syahrulnizam on June 14, 2011 at 8:50 AM

    Terima kasih. Insya-Allah akan dipertimbangkan.


Leave your comment