Berubah


Orang yang berjaya melihat perubahan sebagai satu peluang ke arah situasi masa depan yang lebih baik. Sebaliknya orang yang gagal melihat perubahan sebagai satu ancaman terhadap situasi semasa, yang mereka sangka sudah cukup baik.

Sebenarnya minda kita sendirilah yang sebenarnya menentukan ke mana kita akan pergi dan sejauh mana kita akan mencapai kejayaan. Namun masalahnya kita sering berasa terlalu gembira dengan situasi semasa. Dalam masa sama kita cemburu dengan mereka yang situasi semasa mereka lebih hebat berbanding kita. mungkin mereka selesa berada di zon selesa mereka.maka perubahan yang berlaku memang menjadi ancaman..

Kata Puan Ainon (Pengerusi PTS): "Kalau tidak ada perubahan, maka tidak akan ada masalah-masalah baru, juga takkan ada peluang-peluang baru."

Tambah beliau,"Jangan menunggu perubahan, sebaliknya kita yang memulakan perubahan, barulah kita tahu masalah-masalah yang akan turut tercipta, dan kita sudah sediakan penyelesaiannya, supaya sesiapa yang ditimpa masalah itu nanti akan perlu mendapatkan kita bagi menyelesaikan masalah."

Katanya lagi, "Dalam bisnes, perubahan adalah sumber pendapatan baru yang paling utama. Sesiapa yang tidak mencipta perubahan, dia terpaksa menjadi mangsa perubahan."

Kesimpulannya, perubahan asas kepada kecemerlangan yang kita semua impikan. Orang yang tidak berubah tidak akan kemana-mana. Perubahan harus dimulakan mesti pun kecil.

Jadi tunggu apa lagi? Tutup tetingkap blog ini dan mulakan kerja!

3 Responses


  1. trendymuslimah on September 24, 2010 at 11:30 AM

    salam ziarah

  2. azhariahzuber on September 24, 2010 at 1:57 PM

    suka ayat akhir tu..haha

  3. syahrulnizam on September 24, 2010 at 2:04 PM

    @trendymuslimah> Waalaikumussalam. Selamat datang ke blog saya.

    @ alfa juliet> :)


Leave your comment