Penerbitan buku tidak seimbang jumlah penduduk


KUALA LUMPUR 20 Nov. - Bilangan buku yang diterbitkan di negara ini masih belum seimbang dengan jumlah penduduk dan tidak mampu menampung keperluan pembacaan di kalangan rakyat.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, statistik Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mendapati, hanya 16,044 judul buku diterbitkan pada 2008 sedangkan jumlah penduduk di negara ini mencecah 27 juta orang.

Katanya, para penerbit seharusnya menerbitkan 27,000 judul buku pada tahun lalu tetapi pihak berkenaan hanya mampu mencapai separuh daripada sasaran tersebut.

Sehubungan itu, katanya, semua syarikat penerbit di negara ini harus berusaha meningkatkan jumlah penerbitan buku dalam pelbagai bahasa supaya itu membantu memupuk amalan membaca di kalangan rakyat.

''Disebabkan jumlah yang tidak seimbang ini, kita tidak boleh salahkan tabiat membaca rakyat di negara ini semata-mata sebagai puncanya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pra-Pelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 di Hotel Grand Season di di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom; Pengarah Majlis Buku Kebangsaan (MBKM), Abd. Halim Ismail dan Pengerusi PBAKL 2010, Datuk Ivan Hoe Wat Sing.

PBAKL 2010 akan diadakan dari 19 hingga 28 Mac tahun depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung PBAKL 2010 dijadual merasmikan pesta itu.

Mohd. Puad berkata, menjelang tahun 2020 iaitu ketika Malaysia berstatus negara maju, sekurang-kurangnya 30,000 judul buku pelbagai bahasa perlu diterbitkan di negara ini.

Dalam hubungan ini, beliau mencadangkan supaya industri perbankan di negara ini memberi kemudahan pinjaman lebih longgar kepada penggiat industri buku.

''Saya berharap skim pinjaman lebih mudah akan diadakan khasnya kepada para penerbitan buku supaya ia membantu merancakkan industri penerbitan buku di negara ini," katanya.

Katanya, kementerian juga akan melancarkan program pembacaan 'tujuh buku setahun' di kalangan semua penjawat awam mulai 2010 bagi menggantikan kursus tahunan tujuh hari yang diwajibkan sebelum ini.

Menurutnya, program itu yang telah dipersetujui Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam juga bertujuan mengurangkan kos pembiayaan kursus.

Sementara itu, Wat Sing berkata, PBAKL 2009 berjaya menarik perhatian 1.5 juta orang mengunjunginya dan bagi tahun 2010, pihaknya menyasarkan kehadiran dua juta orang.

Syahrulnizam.com: Tunggu kemunculan sekurang-kurangnya dua buah buku tulisan saya di PBAKL2010!

Sumber: Utusan Online

3 Responses


  1. Khairul Onggon on November 21, 2009 at 8:35 PM

    Salam.. tahniah trhadap buku2 keluaran ktk yg telah dan akan diterbitkan.. Sekurang2nya ktk dah main peranan dlm membantu ke arah masyarakat membaca dan berilmu. Mesti byk pahala, insyaAlllah.. :)

  2. syahrulnizam on November 22, 2009 at 10:06 AM

    Terimak kasih Sdra Khairul... Kitak pun boleh menyumbang. Cerita-cerita dalam blog kitak cuma perlu diolah semula dalam BMT (Bahasa Melayu Tinggi) bukan BM Sarawak :).

    Boleh jadikan novel atau buku bukan fikseyn. Kamek boleh nolong insyaallah.

  3. Khairul Onggon on November 23, 2009 at 6:31 PM

    Wahh.. mena kah? insyaAllah.. Kmk kenak berkursus ngan ktk lah tuk nampak gayanya :)


Leave your comment