Pengajaran interaktif dengan Google Docs


Google Docs adalah satu alatan yang 'hebat' bagi digunakan dalam pembelajaran. Saya telah menghasikan satu dokumen dalam bentuk jadual. Nama pelajar dimasukkan ke dalam kotak tertentu. Kemudian mereka perlu menjawab soalan yang disediakan.


Menariknya, setiap pelajar akan 'diwakilkan' dengan avatar berbentuk binatang. Setiap pelajar dapat melihat jawapan soalan daripada pelajar lain dalam bentuk masa sebenar (real time). 

Menurut educatorstechnology.com, antara kelebihan Google Docs yang patut diketahui para pendidik adalah seperti berikut:
  • Percuma, mudah guna dan mesra-pengguna
  • Berfungsi sebagai tempat yang selamat untuk mengurus dan menyimpan dokumen
  • Membolehkan lebih seorang pelajar mengakses dokumen sama dan bekerjasama menyiapkan tugasan dsb.
  • mempunyai fungsi chat bagi membolehkan pengguna bersembang sambil berkerja. 
Hebat bukan?

Bagaimanapun, Mansor (2012) menyenaraikan tiga kekangan penggunaan Google Docs:

  • Apabila talian Internet menjadi perlahan, teks yang ditaip pada Google Docs juga muncul dengan perlahan.
  • Konflik berlaku apabila lebih seorang pengguna menaip pada satu dokumen yang sama secara serentak.
  • Tiada fungsi menampal imej yang di-print-screen secara terus ke dalam dokumen.

Rujukan

Mansor, A. Z. (2012). Google Docs as a Collaborating Tool for Academicians. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 59(0), 411–419. doi:http://dx.doi.org/10.1016/j.sbspro.2012.09.295



Leave your comment