Pensyarah tidak minat menulis buku?


Statistik 2005 melaporkan tidak sampai 10 peratus pensyarah yang menulis buku. Apa puncanya? Adakah kerana nilai royalti yang terlalu rendah? Bagi saya royalti yang ditawarkan oleh penerbit universiti lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh penerbit komersil. Adakah kerana Pasaran buku ilmiah agak kecil berbanding buku popular?

"... daripada hampir 600 buah institusi pengajian tinggi (termasuk 20 institut pengajian tinggi awam) sedia ada dengan tenaga akademik atau ilmuwan melebihi 20,000 orang, hanya 6.4 peratus yang menyumbang dalam penerbitan buku pada tahun 2005 (Utusan)."
Apapun, mungkin jawapan persoalan ini ada pada kata-kata berikut:
“Menulis karya yang layak diterbit, mencari orang yang dapat dipercayai untuk menerbitkannya, dan mendapatkan orang yang waras untuk membacanya merupakan tiga kesukaran utama sebagai penulis." - CHARLES CALEB COLTON

4 Responses


  1. Qis Coway on October 13, 2009 at 5:44 PM

    header baru.. (~_^)

  2. syahrulnizam on October 14, 2009 at 1:12 PM

    Main barcode jer skrg...

  3. ukimi_ommiey on October 14, 2009 at 4:27 PM

    kalu mcm nih dh tkleh nk curi dh hehe...(._.)

  4. syahrulnizam on October 15, 2009 at 8:43 AM

    Kalau ada yang cuba nak curi, sampai sahaja dekat kaunter, akan kedengaran bunyi "tiiiitttt" tanda barang curi!


Leave your comment