Universiti: overhaul, budaya kerja, plagiarism


DATO' SALLEH MAJID bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia), memulakan komen berkaitan budaya kerja universiti menyebut:

"Sekiranya diakui ada kemerosotan di universiti kita, sesuatu tindakan drastik perlu dilakukan. Suatu "overhaul" universiti-universiti kita perlu dilakukan."
Sebagai respons, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Putrajaya membalas:
"Cadangan untuk overhaul universiti amatlah dialu-alukan. Malah transformasi pengajian tinggi sedang giat berlaku sekarang dengan wujudnya Plan Strategik Pengajian Tinggi Negara PSPTN."
Kemudian, PROF. TAN SRI DATUK DZULKIFLI ABDUL RAZAK, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) pula memberi respons berikut:
"Isu ini boleh dijadikan satu pelantar positif untuk umum membincangkan tentang perubahan kepada pengajian tinggi secara ilmiah demi kebaikan bersama."
Di dalam Bahagian 2 ulasannya, DATO' SALLEH MAJID memberi komen tentang overhaul:
"Tentang overhaul yang dikatakan sudah dimulakan, saya hanya boleh katakan kita tengok sajalah."
Berkaitan isu plagiarism, seorang pembaca menulis bahawa untuk mengatasi masalah ini:
"Saya percaya, sekiranya kita mendidik ahli akademik kita untuk jujur dan bersifat tulen untuk menghasilkan penyelidikan sendiri, negara kita akan maju dalam erti kata yang sebenarnya."
MADZLINA NORDIN pula menulis:
"Aktiviti plagiat adalah budaya negatif dan amat merbahaya kepada dunia intelektual negara jika tidak dibendung sebijak mungkin."
SHAFRY UTHMAN pula memberi komen:
"Hanya dengan adanya integriti barulah kita akan dapat memastikan semua masalah moral seperti yang dinyatakan oleh Salleh itu dapat diatasi. Seterusnya dapat memelihara martabat universiti sebagai sebuah institusi intelek."



Leave your comment