Internet tidak sepatutnya ditapis - Tun Mahathir


08/08/2009 10:49pm

KUALA LUMPUR 8 Ogos — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata internet tidak perlu ditapis dalam apa cara sekalipun, dan adalah salah untuk melakukannya walaupun ada perkara yang perlu dikawal.

“Sebagai contoh, terlalu banyak keganasan datang melalui internet. Itu, saya rasa, kita ada hak untuk tidak membenarkannya,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada sidang kemuncak pemimpin pelajar Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika pentadbirannya, apabila kerajaan memulakan MSC, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menapis internet.

“Jadi mungkin ia jaminan yang saya beri ketika zaman saya. Saya tidak tahu sama ada ia akan dipegang oleh kerajaan sekarang,” katanya.

Semalam, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kerajaan akan mengkaji untuk meletakkan tapisan pada internet bagi menghentikan akses kepada laman web yang tidak dikehendaki.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak berhasrat untuk mengawasi dan menapis kandungan internet kerana langkah itu bukan hanya tidak berkesan tetapi juga akan menyebabkan rakyat tidak puas hati.

— BERNAMA

4 Responses


  1. kerul on August 10, 2009 at 8:56 AM

    Why not? Kalau kita boleh tapis elemen yg merosakkan, lagi bagus utk rakyat. Terutama kepada kanak2 yg tak tau baik buruk. Filtering is good, especially when we filter bad content. However, filtering is not good when you're trying to banned statements that against the current government.

  2. syahrulnizam on August 10, 2009 at 10:24 AM

    Setuju tuan Kerul!

    Kalau filtering guna software tak berkesan, kita filter guna sotware iman dalam dada!

    Insyaallah selamat dunia dan akhirat.

  3. rohana on August 10, 2009 at 1:40 PM

    b4 wat penapisan,kita perlu kaji dlu utk kebaikan semua.ada yg kena tapis n ada yg xperlu tapis

  4. Shun Fireflies on May 4, 2010 at 4:07 PM

    saya setuju internet tak perlu ditapis... law tapis cam mana ngan hal peribadi masyarakat?


Leave your comment