Semua NC disaran guna Facebook






















SAIFUDDIN menekan butang pada komputer riba sebagai simbolik pelancaran e-book Kalau Saya Mahasiswa di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyarankan semua Naib Canselor (NC) dan Timbalan Naib Canselor (TNC) institusi pengajian tinggi (IPT) menggunakan laman web sosial, Facebook bagi memudahkan mahasiswa berinteraksi dengan mereka.

Cadangan tersebut disuarakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang berpandangan sudah sampai masanya NC dan TNC berbuat demikian.

Katanya, NC dan TNC terutama TNC Hal Ehwal Pelajar perlu berbuat demikian bagi membolehkan mahasiswa berinteraksi lebih mudah tanpa perlu mengikut waktu-waktu tertentu.

"Dengan itu, ia akan memberi peluang kepada setiap mahasiswa berinteraksi dengan pimpinan universiti. Lazimnya yang lebih mudah berjumpa dengan pemimpin universiti ialah pemimpin mahasiswa sahaja," katanya.


Sumber: Kosmo! Online

4 Responses


  1. ukimi_ommiey on July 21, 2009 at 4:42 PM

    bagus cadangan nih...memudahkan student berinteraksi dgn Nc dan TNC....terutamanya kepada student yg hendak menyuarakan masalah mereka...

  2. ZeNia on July 21, 2009 at 5:21 PM

    Nmpaknye mkin senangla nnt vip2 kte ni nk luaskan pasaran saham mereka...hnya klik butang 'ADD' shj..hehehe

  3. syahrulnizam on July 21, 2009 at 6:19 PM

    Ukimi,

    Bukan suarakan masalah jer, tak ada masalah pun boleh suarakan sokongan etc.


    Zenia,

    Facebook memang power utk marketing.

  4. ukimi_ommiey on July 24, 2009 at 6:18 PM

    mmg pun blh suarakn pe2 je jnji bkn bnd yg tk spatutnye dh la..hehe


Leave your comment