Tips Persembahan: 3 teknik memanjangkan hayat persembahan


Untuk menghasilkan satu persembahan sekitar 15 minit, anda telah menghabiskan masa berjam-jam malah berhari-hari menyediakan slaidnya. Sudah tentu anda mahu slaid anda hayatnya lebih panjang dan memberi manfaat kepada ramai orang.

Pertama, anda boleh tulis blog tentang topik yang anda telah persembahkan. Anda juga boleh menulis artikel lengkap tentang apa yang telah anda bentangkan. Kemudian buat pautan (link) ke senarai pembentangan yang telah anda buat. Anda juga boleh masukkan pautan ini ke resume dalam talian anda. Ianya lebih impresif.

Kedua, hantar persembahan anda ke dalam talian melalui Slideboom.com atau Slideshare.net. Salah satu slaid persembahan saya di Slideshare.net berjaya mencecah paparan (view) lebih 2000 kali hanya dalam tempah 3 bulan! ia juga diminati (favourite) oleh seramai 21 orang. Sehingga hari ini ia telah dimuat turun sebanyak 283 kali!

Ketiga, dari segi persembahan, anda boleh rakamkan persembahan dan simpan dalam format video digital. Kemudian ia boleh dimuat naik ke YouTube atau akaun Facebook anda. Slaid anda juga boleh ditukar formatnya dari PPT ke format AVI.



Leave your comment