Teknologi digital belum gugat media cetak


KUALA LUMPUR 26 Jun - Kepesatan teknologi digital masih belum dapat menggugat media cetak meskipun sebelum ini terdapat banyak tanggapan bahawa industri akhbar akan lenyap.

Pengarah Urusan Komunikasi, Teknologi Tinggi dan Media Asia Tenggara Accenture, Alwin K. Magimay berkata, pandangan itu berdasarkan belum ada petunjuk yang mampu membuktikan permintaan bagi media itu semakin pupus.

''Sebelum tiba tahun 2000, ramai penganalisis berpendapat media cetak khususnya akhbar akan 'mati' dengan kemunculan Internet.

''Tapi, sehingga hari ini, industri media cetak masih ada, meskipun pengaruhnya semakin berkurangan tetapi tidak mustahil permintaan bagi akhbar akan meningkat semula,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas membentangkan hasil Tinjauan Pengguna Penyiaran Global Accenture 2009 di sini hari ini.

Sumber: Utusan

Muat turun laporan lengkap daripada Accenture (PDF).



Leave your comment