.PPT 'vs' .PPS?


Semasa menyimpan (save) fail persembahan, anda boleh memilih sama ada format persembahan PowerPoint (.PPT) atau tayangan PowerPoint (.PPS). Pilihan PPS memudahkan anda membuka slaid cuma dengan sekali klik. Cara ini membolehkan slaid ditayangkan terus tanpa melalui fugsi suntingan. Ini bermakna anda tidak perlu lagi terkial-kial mencari ikon tayangan pada perisian PowerPoint.

Saya kesihan melihat ada antara penyampai (termasuk yang hebat-hebat jawatannya) tercari-cari ikon bagi memulakan tayangan slaid mereka. Keadaan ini bertambah parah selepas PowerPoint 2007 menukar kedudukan ikon ini dari sebelah kiri skrin ke kesebelah kanan (bawah). Mereka yang sudah sekian lama menggunakan PowerPoint versi 2003 pasti gabra apabila tidak menemui ikon tersebut pada kedudukan asalnya!

Saya juga pernah melihat ada penyampai yang langsung tidak memaparkan slaid dalam bentuk skrin penuh sepanjang persembahan!Mungkin kerana dia tidak tahu dimana ikon tersebut. Namun alasan yang diberinya ialah lebih mudah memilih slaid demi slaid jika persembahan dibuat dalam mode penyuntingan.

Kredit foto



Leave your comment