Belajar Bahasa dengan Komputer


Pelita Bahasa, Jun 2009, 12-14. (ISSN 0128-2182)

Oleh SYAHRUL NIZAM JUNAINI

Semenjak sedekad yang lalu, kemajuan dalam bidang pemelajaran menjadi pemangkin makin pesat. Sifat komputer yang semakin merata-rata menjadi pemangkin kerancakan itu. Kini dengan adanya rangkaian Internet, hampir sesiapa sahaja dapat mempelajari bahasa kedua atau ketiga dengan mudah.

Kewujudan kaedah pemelajaran pemelajaran pembelajaran moden melalui sistem Pemelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (CALL) kini membawa pendekatan yang lebih menyeluruh dan bersifat penggenap. CALL juga sinonim dengan terminologi yang serupa seperti TELL (Technology-enhanced Language Learning – Pemelajaran Bahasa Dipertingkat Teknologi) dan CALI (Computer-assisted Language Instruction - Pemelajaran Bahasa Berbantukan Arahan). Secara asasnya, CALL didefinasikan sebagai aktiviti pemelajaran bahasa yang melibatkan penggunaan komputer.

Dari sudut sejarah, perkembangan CALL bermula seawal tahun 1960. Projek PLATO (Programmed Logic for Automated Teaching Operations-Logik Teratur Cara bagi Operasi Mengajar Berautomat) dimulakan di University of Illinois, Amerika Syarikat, sebagai kaedah moden terawal bagi pemelajaran bahasa asing. Kini CALL telah menarik minat dunia dengan tertubuhnya badan-badan profesional seperti International Association for Language Learning Technology ( IALLT) dan Asia-Pacific Association for Computer-Assisted Language Learning (APACALL).

Secara umumnya gabungan mantap antara teknologi komputer dengan pemelajaran bahasa dilihat berupaya meningkatkan keberkesanan proses pemelajaran bahasa. Selain itu, komunikasi antara guru dengan pelajar kini bertambah mudah dengan adanya e-mel, teknologi mesej segera, ruang sembang dan sebagainya.

Dapatkan majalah Pelita Bahasa Jun 2009 untuk artikel lengkap.



Leave your comment