Teknik Persembahan: 5 elemen asas meyakinkan audiens




1. Perhatian (Attention)


Mulakan persembahan dengan teknik bercerita. Anda juga boleh mengemukakan soalan yang mencabar pendengar. Elemen humor dan saspens juga boleh digunakan. Anda juga boleh paparkan gambar-gambar yang mungkin tidak pernah dilihat oleh audiens.


2. Minat (Interest)

Perkara terpenting ialah pastikan matlamat anda membuat persembahan jelas. Oleh itu beritahu pendengar bagaimana maklumat yang anda sampaikan akan dapat membantu mereka. Banyakkan ilustrasi (gambar, rajah) atau cerita dalam ucapan atau persembahan anda bagi menarik audiens.

3. Meyakinkan (Conviction)

Sebelum meyakinkan pendengar, anda sendiri harus menguasai dan yakin dengan apa yang anda akan sampaikan. Oleh itu bahan anda harus logik dan mengandungi perkara yang mudah difahami (commonsense). Gunakan fakta menarik yang jelas dalam bentuk ringkasan data. Jangan gunakan data statistik yang terlalu kompleks. Gunakan analogi atau perbandingan untuk menjelaskan data statistik.

4. Semangat (Desire)

Petik sabdaan Rasululah SAW atau kata-kata sahabat. Petikan daripada pakar bidang seperti Einstein boleh didapati di quotationspage.com. Untuk membakar semangat pendengar, rangsang kehendak pendengar dan pengaruhi minda mereka dengan keuntungan yang mereka akan dapati jika mengikuti apa yang anda sampaikan.

5. Tindakan (Action)

Tutup persembahan anda dengan senarai semak apa yang perlu dilakukan secara praktikal. Pastikan cadangan ini mudah dilaksanakan.


Disesuaikan dari sumber:
Edward Hope



Leave your comment