Say it Like Obama


Pada hujung minggu lepas, saya sempat lepak-lepak di kedai buku MPH The Spring, Kuching. Saya tertarik dengan buku Say it Like Obama tulisan Dr. Shel Leanne. Buku ini menganalisa ucapan-ucapan Obama yang menjadikan semangat audiensnya mencanak naik.

Penulisnya menyatakan bahawa Obama berjaya menggunakan bahasa yang jelas (vivid language). Perkataan yang dinamik dipilih bagi memahat mesej pada minda pendengar. Ucapannya juga disertakan dengan huraian yang jelas dan ditentukur (calibrated). Gaya bahasa ucapannya cukup berseni.

Saya fikir itulah punca Obama menjadi seorang yang karismatik. Puan Ainon Mohd ada menyebut di dalam kekotak What's on your mind akaun laman Facebooknya menyebut:

"Bercakaplah (dan menulis) dengan menggunakan bahasa yang memiliki unsur karismatik, hasilnya, perjalanan naik pangkat menjadi mudah. Kajian mendapati, individu-individu yang berada di puncak organisasi semuanya pandai bercakap dengan baik (dalam bahasa sendiri).
Di dalam pembentangan anda, paparkan gambar atau imej sebenar dengan resolusi terbaik pada slaid PowerPoint. Ia membantu anda memahat mesej pada minda pendengar. Juga gunakan teknik penceritaan yang sempurna bagi meneguhkan ingatan pendengar terhadap idea anda.

Lihat analisa ucapan ulung Obama di sini.

Testimonial:
"Say It Like Obama" will improve your ability to give a speech, if you practice its techniques.
—BNET Business Network


EDISI KEMASKINI:

Benjamin Sarlin, wartawan di The Daily Beast menyenaraikan 13 teknik bagi anda 'meniru' ucapan Obama.



Leave your comment