Tips PowerPoint: Perkemas bahasa anda


Menurut Richard Anderson, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Delta Airlines, jika anda menggunakan bullet point, isi penting yang anda taip biasanya tidak menepati struktur ayat yang betul. Hasilnya anda gagal menyampaikan maksud sebenar bagi satu-satu ayat atau frasa.

Namun beliau menegaskan bahawa perisian PowerPoint itu sendiri bukanlah punca masalah. Masalah muncul apabila anda gagal menjelaskan apa yang anda maksudkan pada bullet point kepada audien. Lebih parah lagi, ada antara penyampai (presenter) yang membaca satu persatu perkataan pada slaid!

Jadi untuk sesi persembahan atau pembentangan anda yang akan datang, hanya letakkan satu point pada satu slaid. Gunakan ayat yang ringkas namun lengkap tatabahasanya. Perkemas bahasa yang anda gunakan. Ini bermakna bullet point tidak perlu.Gunakan frasa ringkas namun huraiannya harus diterangkan secara lisan dengan jelas.


Rujukan:


John Baldoni, 2009. Five Things Leaders Can Do to Sharpen Their Communications, Bloomberg.com



Leave your comment