Meraikan Web 2.0 dan Facebook




Menafikan Web 2.0 akan merugikan anda. Itu pendapat Sandra Gittlen di dalam artikelnya di CIO.com bertajuk Ignoring Web 2.0 Will Cost You. Beliau juga memetik Rene Bonvanie, Naib Presiden Kanan Serena Software sebagai berkata:
"Not embracing social networking is like saying I'd rather hide my money under the mattress than put it in a bank. Companies make a big mistake when they prohibit these tools out of the sheer fear of what employees will say when they communicate with one another."
Di syarikatnya, para eksekutif menggalakkan 900 pekerjanya di 18 negara menggunakan facebook untuk saling berhubung antara para pelanggan, rakan niaga dan kakitangan syarikat. Malah facebook juga digunakan untuk merekrut pekerja baru.

Bagi syarikat seperti Cisco mereka menggunakan Second Life sebagai kaedah interaksi antara staf. Bagi Accenture pula, mereka sedikit berhati-hati menggunakan aplikasi Web 2.0 umum seperti Facebook. Jadi mereka memilih teknologi Microsoft Office SharePoint yang dilindungi dinding api (firewall).

Facebook juga sangat popular dalam kalangan pelajar universiti. Mungkinkah satu hari nanti pihak pengurusan universiti (daripada Naib Canselor hingga ke Dekan) juga akan melayan komen Facebook dari pelajar dan staf universiti yang beribu-ribu lemon ramainya? Saya fikir bagi kursus-kursus tertentu, perkara ini tidak sukar. Baca artikel saya yang terbit di Insight@UNIMAS bertajuk Enhancing Lecturer - Student Interaction with Web 2.0 Technologies.

Bagi kursus TMT1013 Teknologi dan Rekabentuk Web web yang saya ajar kepada pelajar bukan dari fakulti ICT, mereka sangat teruja kerana diajar membuat blog masing-masing. Mereka sangat gembira meraikan ilmu baru - Web 2.0!

"terima kasih en syahrul.. kan NNN pastikan blog ni sentiasa ada n wujud.. hehehe."

One Response


  1. azhariahzuber on May 3, 2009 at 11:30 AM

    tn hj syahrul, terima kasih kerna menitipkan komen di blog saya..akhirnya dpt juga bertemu...banyak informasi yg sgt berguna berkenaan ict...


Leave your comment