Kepentingan gambar dalam persembahan


Gambar mempunyai kuasa untuk membantu audiens mengingati persembahan anda. Gantikan data rencam dalam bentuk nombor kepada graf yang lebih mesra-mata. Ia juga lebih mudah diingati.

Selain itu ia memudahkan audiens anda merujuk atau membincangkan kembali persembahan anda selepas persembahan tamat. Elakkan teks yang panjang dan padat. Gantikan dengan gambar, logo dan rajah.


Ini gambar kelas semasa saya bersekolah rendah pada tahun 1986 di SK Abg Abd Rahman Saratok, Sarawak. Terima kasih kawan lama, Firdaus@Lai (kini Cikgu) yang bersusah payah mencari gali gambar yang berumur 23 tahun ini. Cikgku Firdaus juga baharu saya temui di Facebook beberapa minggu lalu.

Sehingga kini, saya masih lagi ingat nama (sekurang-kurangya muka) rakan-rakan yang lebih kurang 19 tahun tidak ditemui. Kami terpisah apabila saya memasuki Tingkatan 1 di sekolah berasrama penuh di Miri, Sarawak. Kemudian saya menuntu di Over South China Sea -- Johor Bahru (he..he!), dan kemudian ke overseas (UK).

Dengan kuasa yang ada pada gambar, saya dapat mengingat kembali nama-nama rakan yang akan saya jejak kasih...



Leave your comment