Industri buku Malaysia mesra dan kalis gawat



















Pengunjung yang seumpama sardin di booth PTS di Pesta Buku Antarabangsa KL 2009.


Menurut Tuan FAUZUL NA'IM ISHAK, Pengurus Besar (Penerbitan) Kumpulan PTS, catatan tidak rasmi kehadiran pengunjung PBAKL 2009 adalah 1.8 juta orang. Berdasarkan kaji selidik dan maklum balas daripada para penggerai yang menyertai PBAKL 2009. Kebanyakannya memberikan maklum balas yang cukup positif. Masing-masing melaporkan bahawa jumlah pembelian buku meningkat dengan cukup drastik.

Tahun lepas gerai PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. hanya mendapat RM 200 ribu hasil jualan tunai. Tahun ini ia meningkat kepada RM 501 ribu. Ini satu peningkatan yang cukup mengkagumkan.

Yang lebih menarik, jualan buku selama 3 bulan pertama ini amat menggalakkan. Pada akhir tahun lepas, dilaporkan keadaan ekonomi Malaysia menjadi agak lambat dan menyusut. Rata-rata industri melaporkan penurunan jumlah pendapatan dan ada industri seperti
industri elektronik terjejas teruk. Keadaan ini amat membimbangkan industri buku pada ketika itu, banyak pandangan mengatakan bahawa industri buku juga akan merasai keperitannya.

Jualan 3 bulan pertama tahun 2009 amat baik. Pihak PTS berjaya mencapai sasaran jualan yang digagaskan iaitu RM 3.8 juta untuk suku tahun pertama. Meningkat berbanding tahun lepas.

Ini membuktikan bahawa dunia buku adalah kalis dan mesra gawat. Lagi gawat, lagi ramai membeli buku. Pada pandangan saya ini adalah satu peluang untuk mana-mana individu ataupun organisasi menceburi bidang penulisan dan penerbitan buku ini.

Disaring daripada Emel Tuan FAUZUL NA'IM ISHAK.



Leave your comment