Facebook dan jejak kasih


Seorang rakan lama satu sekolah yang lebih 15 tahun tidak ditemui selepas tamat tingkatan 5 telah berjejak kasih dengan saya melalui Facebook. Selepas itu baharu saya ketahui bahawa dia sebenarnya jiran yang berpindah masuk ke sebuah rumah di belakang rumah saya!

AMARAN kepada jiran-jiran yang tinggal sama waktu dengan saya, sila masukkan saya ke dalam senarai rakan di Facebook anda.

Kemudian kami bekas pelajar SM Sains Miri seramai 23 telah mewujudkan kumpulan perbincangan (threat) di Facebook. Kami berjaya mencecah 1000 komen hanya dalam masa lebih kurang 2 bulan! Kata seorang rakan saya:

"waaahhh... tuan2, brader2 sekalian.. mesej2 kita dah mencecah angka 1001!.... dasat juak kita tok berloyar2 (berborak) owh..."
Saya juga baru memasukkan dalam senarai rakan bekas jiran saya yang berada di Australia yang sedang melanjutkan pelajaran peringkat PhD.

Selain itu, saya telah memasukkan (add as freind) Presiden PTS, Ainon Mohd sebagai salah salah seorang rakan (walaupun beliau adalah sifu). Semalam saya juga memasukkan pakar motivasi pelajar Dr Tengku Asmadi di dalam senarai rakan (walaupun sudah lama menyimpan nombor telefonnya).


3 Responses


  1. Qis Coway on May 4, 2009 at 12:35 PM

    anak2 murid x nak masukkan ke tuan hj? ^-^

  2. AkuBukanLelaki on May 4, 2009 at 4:35 PM

    betul2 tu nor...kite leh wat reunion besar2an nanti...hakhakhakahaka

  3. syahrulnizam on May 4, 2009 at 6:01 PM

    Quistina

    Takkan tok guru kenak invite murid, muridlah yang invide tok guru... :-)

    Vilda

    Reunion selepas result keluar... Utk meraikan penerima gred A. Buat ala-ala Oscar gitu...


Leave your comment