7 rahsia menjadikan slaid PowerPoint anda simple


  1. Ikut peraturan enam kali enam. Jangan melebihi enam perkataan pada setiap baris teks dan jangan melebihi enam baris bagi setiap slaid.

  2. Buat ujian papan "billboard" bagi setiap slaid. Adakah audience dapat membaca teks sambil mereka memandu?

  3. Biasanya audiens akan melupakan maklumat dalam bentuk senarai. Tetapi mereka akan mengingati imej, rajah dan gambar. Cuma pastikan juga rajah yang anda lukis adalah cukup mudah untuk difahami.

  4. Elakkan sampah sarap pada slaid. Jangan gunakan klip gambar dan ikon yang keanak-anakan. Warna (shadings) dan corak latar yang berbunga-bunga adalah tidak perlu.

  5. Jika anda ingin menggunakan kotak atau garisan, pilih yang nipis. Garisan tebal akan menyesakkan slaid dan mengganggu audiens.

  6. Gunakan prinsip "satu". Hadkan satu idea atau konsep pada satu slaid.

  7. Buat ujian satu minit. Jika orang yang anda uji tidak dapat memahami kandungan salah satu slaid anda selepas 60 saat, itu bermakna slaid anda adalah terlalu kompleks.
Rujukan: businessmanagementdaily.com



Leave your comment