Empat kali dalam 24 jam!


Semasa di Sek Men Sains Miri, program saya sangat padat. Saya diminta berceramah sebanyak empat kali dalam masa 24 jam.

Saya diberikan tempoh 1-2 jam bagi setiap ceramah. Tajuknya berbeza-beza.

Sudah tentu sebotol air mineral menjadi teman sejati. Sampai di hotel, bantal pula tempat melepas penat!

Sungguh penat bercakap... tetapi hati puas kerana dapat berkongsi kepakaran dan pengalaman dengan para guru dan pelajar.

Terima kasih Sek. Men. Sains Miri! Semoga yang disampaikan bermanfaat.
































Leave your comment