Buat duit dengan menulis buku ilmiah?


Pasaran buku ilmiah agak kecil berbanding buku popular. Kesannya ada rakan pensyarah yang mengeluh kerana memikirkan pelaburan menulis yang tidak berapa berbaloi.

Oleh itu, selain royalti yang agak 'ciput' saiznya, mungkin penerbit universiti boleh memikirkan insentif lain bagi menarik lebih ramai pensyarah menulis buku ilmiah.

Jika penulisan buku ilmiah mendapat nilai yang cukup tinggi bagi kenaikan pangkat, sudah tentu para pensyarah akan berebut-rebut menulis buku.

Bagi buku Persembahan Hebat dengan PowerPoint yang berada dalam kategori buku popular, royalti yang saya terima bagi 2008 sahaja melebihi RM3000. Namun malangnya buku ini digosipkan sebagai tidak layak berada sebaris pada rak buku-buku ilmiah.

Selain itu saya juga sedang mengusahakan modul/buku teks untuk pelajar kursus saya. Dengan cara ini, saya akan mendapat 'bekalan' pembaca buku/modul yang mencukupi pada setiap semester. Walaupun bukan wang besar, tapi cukuplah sebagai tonik untuk terus menulis.

Kemaskini 5 Jan 2009: Ini kata-kata Tuan Fauzul Naim dari PTS:

"Selepas melihat statistik jualan tahunan 2009, saya menjangkakan tahun 2010 ada beberapa pengarang PTS yang akan mendapat jumlah pendapatan royaltinya melebihi RM100 ribu. Ini amat mengagumkan saya. Dahulunya orang melihat penulisan buku tidak seksi. Tidak ada faktor WOWnya. Sekarang berubah. Dunia buku mengandungi emas yang hanya orang tertentu sahaja menemuinya."

5 Responses


  1. SAYANG SARAWAK on April 28, 2009 at 9:47 PM

    Salam persahabatan. saya doakan agar saudara dpt mengembangkan lagi penulisan samada berbentuk ilmiah atau sebaliknya. sememangnya negara kita kehausan sumber ilmu tulisan anak tempatan apatah lagi bahan-bahan rujukan mahasiswa mahasiswi kita dalam pengajian yang mereka ambil. semoga saudara dan rakan-rakan sentiasa berusaha menulis bahan-bahan tersebut agar kita menjadi gedung mengeluar sumber ilmu..insyaallah..

  2. FSTM KUIS on April 29, 2009 at 9:15 AM

    Teks utk subjek sendiri memang satu starting point yg agak berkesan. Dah ada target audience yg memang akan beli buku tu. Kalu publish kat Internet jer OK tak?

  3. syahrulnizam on April 29, 2009 at 9:38 AM

    OK jugak...

    Publish kat blog. Then hanya invite student yang ambik subjek tu sahaja. Mereka yang boleh view blog/online book tu...

  4. Jeniri Amir on June 4, 2009 at 10:18 PM

    “Menulis karya yang layak diterbit, mencari orang yang dapat dipercayai untuk menerbitkannya, dan mendapatkan orang yang waras untuk membacanya merupakan tiga kesukaran utama sebagai penulis.”

    - CHARLES CALEB COLTON

  5. syahrulnizam on June 5, 2009 at 11:23 AM

    Thanks Dr Jeniri for the quote.


Leave your comment