Second Life kehidupan dunia maya


ARKIB : 05/03/2009 , Utusan Malaysia


Second Life merupakan dunia maya dengan populasi mewakili berjuta-juta manusia di alam sebenar.


Apa kata mengadakan mesyuarat secara maya dengan avatar mewakili individu dan semuanya boleh memberikan pandangan masing-masing.

Lebih mudah dan ringkas kerana tidak perlu berdepan dengan bos masing-masing, malah boleh dikatakan lebih relaks.

Ini bukan persidangan video tetapi dinamakan Second Life hasil buah tangan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarah Kreatif Reka Bentuk Philips, Stefano Marzano.

Second Life merupakan dunia maya di atas talian yang dicipta untuk ahli-ahlinya dengan individu dalam bentuk avatar.

Di Philips, Second Life digunakan bagi mendapatkan reaksi pengguna mengenai produk terbaru keluarannya.

Terkini sekumpulan wartawan dari Asia Pasifik termasuk Malaysia telah dibawa menjelajah Island Tour dalam dunia Second Life Philips.

Apabila anda memasuki Second Life, anda akan mendapati dunia digital yang penuh dengan segalanya daripada manusia, hiburan, pengalaman hingga kepada pelbagai peluang.

Bermula dengan sesi pengenalan, wartawan dari merata dunia boleh bertanya soalan kepada Marzano.

Selepas sesi soal jawab, wartawan dibawa melawat bagi melihat produk-produk terkini keluaran Philips.

Ketika itu wartawan boleh 'terbang, berenang' atau apa saja untuk sampai dari satu tempat ke tempat lain.

Marzano berkata, Second Life boleh dikatakan permainan dan juga bukan permainan kerana lebih kepada kreativiti.

Di dalam Second Life, penghuni bebas melakukan apa saja sama ada lepak dengan kawan-kawan atau berlawan dengan naga atau raksasa, membina perniagaan atau apa saja yang terlintas di fikiran.

Selain membayar yuran bulanan, penghuni Second Life boleh mendapatkan tanah untuk membina rumah dan bekerja dan mereka juga perlu membayar sewa bulanan berdasarkan keluasan tanah.

Di sini, penghuni mempunyai hak ke atas hak harta intelek walaupun berada di dalam dunia kreatif masing-masing.

Second Life merupakan dunia maya dengan populasi mewakili berjuta-juta manusia di alam sebenar.

Mereka mungkin penggemar permainan komputer, suri rumah, artis, pemuzik, pengaturcara komputer, peguam, tentera, arkitek dan doktor.

Di alam maya ini, anda boleh bercakap atau berbual menggunakan teks secara percuma.

Apa yang lebih menarik, jika anda tidak menyukai atau menggemari seseorang, anda boleh menghindari darinya dengan menekan butang mute.

Apabila anda mendaftar akaun Second Life secara percuma, anda perlu memilih avatar yang sesuai tetapi kebanyakan pengguna memilih untuk mempunyai cita rasa sendiri daripada rekaan pakaian hingga warna kulit.

Di sana juga, anda boleh menggunakan nama samaran bagi persona digital anda.

Jangan tidak percaya, Second Life juga menggunakan mata wang Linden bagi transaksi jual beli.

Di sana aktiviti membeli belah dan perkhidmatan amat popular.

Anda boleh membeli pakaian, rambut palsu atau barang kemas bagi avatar sehingga perabut, senjata, kenderaan, permainan dan bangunan.

Di Second Life, anda boleh mencari lokasi atau individu menerusi tetingkap pencarian Second Life.

Tetingkap pencarian termasuk mengemaskini senarai aktiviti di bawah ruang aturcara yang menyenaraikan tempat menarik mengikut kategori muzik, seni dan budaya serta pendidikan.

Manakala di luar dunia Second Life, terdapat forum perbincangan rasmi yang membincangkan pelbagai perkara seperti sukarelawan yang berbakat dan perniagaan.

Mereka yang mempunyai masalah teknikal semasa di Second Life boleh melawat ke Pusat Sokongan bagi menyelesaikan masalah mereka.

One Response


  1. Rahmandz on April 29, 2009 at 8:51 AM

    yup
    betul dunia maya merupakan dunia kedua
    asyik jg bisa berkomunikasi walaupun berbeda jarak dan waktu
    hebet yaaaa, salut gw sama org2 pinter yg nemuain nya

    by: rahman_LOVE_kiki


Leave your comment