Kursus menulis dan menerbitkan blog


MENULIS & MENERBITKAN BLOG

26—28 Mei 2008 Pearl Hotel, KL

PENGENALAN

Teknologi blog telah muncul dengan pantas sebagai antara kaedah komunikasi terpenting pada masa kini. Kehebatannya mampu menggugat media tradisional seperti akhbar dan televisyen. Ia juga lebih cepat dalam menyebarkan berita dan idea. Liputannya tidak terhad, malah merangkumi seantero dunia.

Dengan menguasai teknik reka bentuk dan penulisan blog berkualiti, anda akan berada satu langkah di hadapan. Kursus ini membantu anda menyebarkan idea dan mempromosi produk atau perkhidmatan dengan lebih pantas dan berkesan.

OBJEKTIF KURSUS

Pada akhir kursus, peserta akan dapat:

  • mengenal pasti teknik menulis kandungan blog yang betul;
  • membandingkan antara penulisan blog dengan penulisan media cetak;
  • mengaplikasi teknik penulisan blog yang profesional dan beretika;
  • menganalisis ciri‐ciri reka bentuk dan penulisan blog berkualiti;
  • menghasilkan reka bentuk blog yang menarik serta profesional; dan
  • mengkritik blog‐blog lain dari segi kandungan dan reka bentuk.

KAEDAH PENYAMPAIAN

Kursus ini dijalankan dalam mod dua hala yang interaktif melalui:

  • ceramah;
  • perbincangan kumpulan;
  • tayangan video dan demonstrasi;
  • pembentangan individu atau berkumpulan; dan
  • latihan praktikal langkah demi langkah.*

* Peserta diminta membawa komputer riba masingmasing.

SASARAN PESERTA

Sasaran peserta termasuk pelajar, pengurus, jurujual, perunding dan kakitangan sektor awam dan swasta. Malah sesiapa sahaja yang berminat menggunakan blog bagi komunikasi dan promosi adalah dialu‐alukan menyertai kursus ini.

TENTATIF PROGRAM

Hari 1 (26 Mei 2009)

8.30 am Modul 1 CiriCiri Blog Berkualiti

10.30 am Minum Pagi

11.00 am Modul 2 Menentukan Identiti Blog

1.00 pm Makan Tengahari

2.30 pm Modul 3 Panduan Mereka Bentuk Blog

4.30 pm Minum Petang

Hari 2 (27 Mei 2009)

8.30 am Modul 4 Penggunaan Gambar dan Video

10.30 am Minum pagi

11.00 am Modul 5 Menulis Blog Secara Profesional

1.00 pm Makan tengahari

2.30 pm Modul 6 Etika dan Adab dalam Memblog

4.30 pm Minum petang

Hari 3 (28 Mei 2009)

8.30 am Modul 7 Promosi Produk dan Perkhidmatan

10.30 am Minum pagi

11.00 am Modul 8 Menjana Trafik ke Blog Anda

1.00 pm Makan tengahari

2.30 pm Modul 9 Buat Duit dengan Blog

4.30 pm Minum petang

PROFIL PENCERAMAH

Tn Hj Syahrul Nizam Junaini adalah pensyarah kanan di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Beliau memiliki Ijazah MSc. dalam bidang Imej Elektronik dan Komunikasi Media (Sistem Multimedia) dari University of Bradford, United Kingdom.

Bidang kepakaran beliau ialah reka bentuk media interaktif seperti laman web dan blog. Antara organisasi yang pernah menjemput beliau memberikan ceramah adalah seperti Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Institut Perkhidmatan Awam (IPA) Brunei. Selain aktif menulis blog, beliau juga penulis buku, artikel majalah serta akhbar. Layari blog beliau di www.syahrulnizam.com.

KADAR BAYARAN

1. RM1,400 seorang peserta tanpa penginapan

2. RM1,850 seorang peserta bilik berkongsi

3. RM2,350 seorang peserta bilik single

  • Penginapan yang disediakan hanyalah untuk tiga malam, iaitu 25, 26, dan 27 Mei, dan tiada makan malam disediakan

Terma dan Syarat:

  1. Semua bayaran hendaklah dibuat kepada MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY (Bank Islam 120290 100536 49).
  1. Maklumkan sebarang pembatalan penyertaan secara bertulis kepada urus setia selewat-lewatnya lima hari bekerja sebelum tarikh kursus; jika tidak, invois akan dibilkan kepada institusi anda.
  1. Yuran penyertaan termasuklah makan tengah hari, minum pagi dan petang, bahan-bahan kursus, beg seminar, dan sijil penyertaan.
  1. Kami berhak untuk mengubah tarikh dan tempat kursus, dan membatalkan kursus seandainya berhalangan yang disebabkan hal di luar kawalan kami. Kami akan memaklumkan peserta tentang sebarang perubahan.

Kami faham bahawa yuran tidak akan dipulangkan semula seandainya kami membatalkan penyertaan yang telah diterima oleh penganjur, bagaimanapun penggantian peserta dibenarkan. Seandainya kami gagal menghadiri kursus, kami akan membayar yuran kursus sepenuhnya. Dengan menghantar borang penyertaan, ini bermakna penyertaan kami diterima oleh Penganjur.

Untuk sebarang pertanyaan, silalah menghubungi Tel: 03-89259085/013-3077722

MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY

4A, Tingkat 1, Jalan 7/1

43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Tel: 013-3077722/03-89259085 Faks: 03-89202351

E-mel : mediumbooks@yahoo.com

Laman Web: www.mediumbooks.net

Untuk mendaftar, silalah mengisi borang penyertaan dan memfaks ke 03-89202351 atau email: mediumbooks@yahoo.com



Leave your comment