Jurutera mangsa tipu Internet


UALA LUMPUR 17 Mac - Seorang jurutera kerugian RM3,455 setelah terpedaya janji manis wanita dari luar negara yang dikenali melalui Internet untuk memberinya hadiah.

Segala-galanya bermula dua bulan lalu apabila mangsa yang ingin dikenali sebagai Fahmi 'didatangi' oleh Nadia Emily Osman, seorang wanita Inggeris Islam berusia 28 tahun dari London, United Kingdom.

"Sejak berkenalan dengan Nadia, kami sering bertukar-tukar e-mel di antara satu sama lain dan lama kelamaan kami menjadi rapat.

"Walaupun rapat, saya berhati-hati kerana sangsi terhadapnya. Ini kerana gambar Nadia dalam profilnya tidak menggambarkan dia seorang Islam," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.

Fahmi berkata, awal bulan ini, Nadia memaklumkan kepadanya untuk melawat Malaysia pada penghujung Mac ini dan ingin menghadiahkan dirinya sebuah komputer riba dan seutas jam tangan yang akan dihantar menerusi khidmat kiriman bungkusan.

"Peliknya, Nadia akan kirimkan bersama sejumlah wang tunai 10,000 Pound Sterling (RM52,000) untuk perbelanjaan ketika melawat Malaysia.

"Tetapi selepas melayari laman web syarikat pengirim dan memeriksa kod bungkusan yang diberikan Nadia, ia terbukti wujud dalam rekod mereka. Cawangan syarikat itu terletak di Kuching, Sarawak," katanya.

Sumber: Utusan Online



Leave your comment