Enam daripada 10 penduduk dunia langgan telefon bimbit



GENEVA: Enam dalam setiap 10 penduduk di seluruh dunia kini melanggan telefon selular, yang memberi petanda telefon bimbit adalah pilihan teknologi komunikasi, terutama di negara miskin, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Menjelang akhir tahun lalu, dianggarkan 4.1 bilion penduduk dunia memiliki alat komunikasi itu, berbanding cuma satu bilion pada 2002, menurut laporan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa PBB.

Langganan talian tetap meningkat agak perlahan kepada 1.27 bilion daripada kira-kira satu bilion tempoh sama.

“Wujud perubahan jelas kepada telefon bimbit selular,” kata agensi itu, sambil menambah negara membangun kini membentuk kira-kira dua pertiga daripada penggunaan telefon selular.

Pada 2002, tidak sampai separuh daripada langganan telefon di seluruh dunia adalah di negara membangun.

Penggunaan internet turut meningkat lebih dua kali ganda. Anggaran 23 peratus penduduk dunia menggunakan internet tahun lalu, bertambah daripada 11 peratus pada 2002.

Jalur lebar tetap juga meningkat kepada hampir 20 peratus di negara kaya, manakala secara global cuma satu dalam 20 orang mempunyai capaian kepada sambungan pantas internet di rumah. - Agensi

Berita Harian, 10 Mac 2009.

One Response


  1. jiklin on March 17, 2009 at 10:43 AM

    kalau di universiti,memang 100% melangan HP.


Leave your comment