Penyampai yang berkualiti


Penyampai yang berkualiti umpama pencerita yang pandai memikat pendengar. Beliau juga dihormati kerana ilmu yang ada padanya. Dua bentuk ilmu yang perlu ada:

1. Ilmu berkenaan perkara yang disampaikan.
2. Ilmu dalam teknik bercerita.

Menurut Lefton dan Buzzotta (2003), menguasai kemahiran
persembahan dapat meningkatkan proses memindahkan idea. Ia
menentukan bagaimana satu pihak dapat menguasai pihak yang
lain. Ia juga dapat memastikan proses komunikasi dua hala
sentiasa berterusan.

Dengan menguasai kemahiran persembahan, eksekutif pemasaran dapat memasarkan produknya. Pensyarah pula dapat menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Persamaan yang ada pada mereka adalah kedua-duanya menerima tepukan gemuruh daripada khalayak. Keuntungan daripada segi kewangan mungkin lebih ketara pada eksekutif.

Buku ini membongkar khazanah dan rahsia kemahiran membuat persembahan. Anda akan dihidangkan dengan panduan, peraturan, rahsia dan teknik persembahan yang betul.



Leave your comment