Tulisan agama daripada profesor perakaunan


Pada minggu lepas saya menerima dua naskah buku yang saya tempah terus dari penulis - Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Saya rasa saya antara 500 atau 1000 pembaca pertama buku Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok.


Alhamdulillah, kesedaran beragama nampaknya berjaya melahirkan ramai golongan Prostaz atau Protaz (PROfesional-usTAZ). Golongan ini bukan lahir di pondok. Mereka juga bukan pemegang ijazah Syariah dari Mesir atau Jordan. Tetapi mampu menulis buku bernada agama yang mantap.

Apa yang pasti dengan iman dan kekuatan beramal, orang golongan ustaz pun boleh jadi ustaz.

Sebaliknya tanpa kekuatan iman dan amal, memang susah hendak beramal.
Namun selepas cahaya taufik dan hidayah itu datang menyimbah, segala-galanya berubah 180 darjah. Lihat sahaja amalannya sewaktu mengerjakan haji. Seolah-olah ada janakuasa tambahan yang membantu beliau bangun awal-awal pagi untuk beribadat di Masjidil Haram.

Kerana sudah terlalu seronok atau josh (dalam bahasa Urdu) membaca buku ini saya tidur hampir pukul 2 pagi! Biasanya 10 mlm dah masuk tidur.
Isteri dan ibu saya turut sama membaca buku tersebut. Kata isteri saya:
Ada bahagian dalam buku ini yang betul-betul meresap ke dalam hati. Boleh memberi perangsang untuk beramal.

Ini testimonial saya:

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman boleh dijadikan sebagai penanda aras (benchmark) dari segi amalan Haji kepada mereka yang pernah menunaikannya. Kepada yang belum, buku ini wajar dijadikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sebelum berangkat ke tanah suci.

Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok merupakan himpunan kisah sebenar perjalanan seorang hamba Allah. Sebagai khalifah, tanggungjawab berdakwah diceritakan dalam gaya santai dan mudah difahami. Padat dengan panduan praktikal sebagai seorang muslim dan pendakwah.

Prof Kamil juga telah mendokan sesuatu kepada saya di dalam autografnya. Terima kasih Prof. AMIN.







Leave your comment