Bab 1 Ciri-ciri Persembahan Hebat
Sekadar tahu sahaja berkenaan kecemerlangan tidak mencukupi. Kita perlu cuba
mendapatkannya dan menggunakannya.
- Aristotle -

Dunia perniagaan hari ini semakin kompetitif. Ia menuntut semua pihak supaya saling bersaing. Bagi seorang eksekutif, kelainan yang ditonjolkan dalam persembahan mampu menarik perhatian pelanggan. Ia juga dapat menggugat para pesaing dalam merebut pelanggan. Justeru, para eksekutif perlu mencari kaedah yang terbaik bagi menghasilkan persembahan yang canggih dan berkualiti.
Bab ini membincangkan berkenaan ciri-ciri penyampai yang baik dan persembahan yang hebat.