Pensyarah FSKTM terima anugerah Persatuan Sains Matematik (PERSAMA) 2008


Pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), En. Syahrul Nizam Junaini telah memenangi hadiah Utama bagi kategori Rencana Popular pada Majlis Anugerah Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) 2008 yang diadakan pada 4 Jun 2008.

Rencana tulisan beliau bertajuk Simulasi Forensik Kemalangan pernah tersiar dalam majalah Dewan Masyarakat keluaran November 2007.

Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan sijil penghargaan. Majlis penyampaian telah diadakan di Hotel Renaissance Kota Bharu, Kelantan. Ia juga diadakan bersempena Perasmian Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-16 anjuran PERSAMA, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Anugerah PERSAMA ini juga menawarkan hadiah bagi lapan kategori lain iaitu Anugerah FELO, Buku Karya Asli, Buku Terjemahan, Tesis Doktor Falsafah, Tesis Sarjana, Makalah Ilmiah Dalam Jurnal Kebangsaan, Anugerah Reka Cipta termasuk Rencana Popular.



Leave your comment