Pembentangan secara maraton



Saya sendiri berpengalaman membuat pembentangan selama 5 jam secara berterusan. Biasanya sesi seperti ini bermula pada pukul 8 pagi dan tamat sebelum sesi makan tengahari pada pukul 1 tengahari.
Aktiviti pembentangan seperti ini biasanya adalah untuk sesi latihan, seminar atau bengkel. Saya kongsikan beberapa panduan untuk membantu anda agar terus segar sepanjang sesi pembentangan secara maraton.
  • Jangan bercakap berterusan lebih dari 45 minit.

  • Berikan kerehatan kepada khalayak (dan kepada diri anda sendiri) sekurang-kurangnya 5 minit.

  • 'Kongsikan’ kepenatan anda dengan meminta khalayak bercakap.

  • Minta mereka membuat aktiviti seperti pembentangan.

  • Lemparkan idea secara spontan untuk mereka berikan komen secara individu atau kumpulan. Kaedah ini akan mengejutkan khalayak yang terkhayal.



Leave your comment