Muzium Institusi Warisan Bangsa



Dewan Budaya, Januari 20008

Alhamdulillah, ini artikel pertama yang tersiar di Dewan Budaya.
________________________


Oleh SYAHRUL NIZAM JUNAINI

Perbincangan mengenai konsep dan peranan institusi muzium sebagai perwaris budaya memerlukan kupasan mendalam. Hal ini adalah kerana muzium merupakan institusi yang bertanggunjawab mewarisi bahan-bahan sejarah peninggalan sosiobudaya manusia sedunia.

Namun begitu harus difahami bahawa usaha menonjolkan fungsi muzium sebagai institusi warisan budaya bukan sahaja terbatas manfaatnya kepada muzium tersebut semata-mata. Ia harus dilihat dalam skop yang lebih luas.

Sebagai contoh jika Muzium Negara di Kuala Lumpur digilap dayanya sebagai salah satu tumpuan warisan budaya dunia, maka negara akan memperoleh keuntungannya. Begitu juga dengan Muzium Tokoh Negeri Pahang yang akan mempopularkan Kuantan sebagai pusat maklumat warisan tokoh.

Oleh itu, Muzium Negara Malaysia perlu ditonjolkan kehebatannya agar namanya gah di persada antarabangsa, malah melampaui kepopularan Trafalgar Square di London atau Eiffel Tower di Paris.

Usaha ini pasti akan menarik lebih ramai pelancong asing melawat Malaysia sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi negara. Tentunya fenomena ini akan melonjakkan Kuala Lumpur sebagai ‘Kota Raya Glokal’.

Kota raya sebegini lazimnya bercirikan gaya hidup yang kaya dengan keindahan budaya dunia, namun disulami dengan ketinggian nilai warisan tempatan. Oleh sebab itu, negara harus mempelajari dan beriltizam seperti Muzium Shanghai di China yang diiktiraf terunggul di dunia.

Menulis Rujukan:

JUNAINI, S.N. 2008. Muzium: Institusi Warisan Bangsa. Dewan Budaya, Vol. 30 (1), Januari 2008, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 14-17. (ISSN 0126-8473). http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=1389&IID=



Leave your comment