Kursus Persembahan Hebat PowerPoint


KURSUS PERSEMBAHAN HEBAT POWERPOINT

16-17 Februari 2008
Pearl International Hotel, KL

Kursus ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan kemahiran peserta tentang teknik persembahan dengan perisian PowerPoint. Para peserta akan didedahkan dengan panduan reka bentuk paparan yang betul dan menarik. Selain itu rahsia dan tips bagi menarik perhatian audiens juga akan diterangkan.

BIODATA FASILITATOR

Tn Hj Syahrul Nizam Junaini merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Beliau memiliki Ijazah Sarjana Sains (MSc.) dalam bidang Imej Elektronik dan Komunikasi Media (Sistem Multimedia) dari University of Bradford, United Kingdom.

Beliau merupakan pengarang buku Persembahan Hebat dengan PowerPoint terbitan PTS Professional Publishing. Pada tahun 2007 sahaja, buku ini laris melebihi 1500 naskah.

Selain itu beliau sering dijemput mengendalikan bengkel berkaitan teknik persembahan dan pembentangan. Antara pelanggan beliau ialah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Institut Perkhidmatan Awam (IPA) Brunei. Artikel beliau juga tersiar di majalah‐majalah seperi Dewan Masyarakat dan Majalah PC.

PROGRAM TENTATIF

HARI PERTAMA

Modul 1: Kenapa Perlu Persembahan Hebat?
Ciri‐ciri persembahan hebat
Teknik komunikasi dengan media
Kemahiran persembahan
Teknik penyampaian
Kenali khalayak dan audien
Persekitaran persembahan

Modul 2: Panduan Reka Bentuk Elemen Multimedia
Kandungan teks
Komunikasi visual
Fokus dan aliran maklumat
Warna dan grafik
Gambar dan foto
Menggunakan animasi
Lebih interaktif lebih menarik

Modul 3: Latihan Persembahan
Latihan membuat persembahan
Persembahan kumpulan/individu

HARI KEDUA

Modul 4: Seni dan Kemahiran Penyampaian
Kepelbagaian nada
Kepetahan bercakap
Bahasa badan
Teknik peralihan isi
Peranti menarik perhatian
Interaksi dua hala
Modul 5: Panduan Mengurus PersembahanKarisma, aura dan personaliti
Ciri‐ciri pertuturan yang baik
Memukau khalayak
Persediaan persembahan
Merancang kandungan
Memulakan persembahan
Menangani sesi soal jawab
Menamatkan persembahan
Modul 6: Latihan Persembahan
Latihan membuat persembahan
Persembahan kumpulan/individu

* Para peserta dicadangakan membawa komputer riba masing-masing.

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas mengikuti bengkel ini, para peserta akan dapat:
  • Memahami panduan reka bentuk persembahan dengan PowerPoint.
  • Memahami kaedah menarik perhatian pendengar.
  • Mengaplikasikan teknik pengucapan awan dalam pembentangan.
  • Mengetahui tips mengurus dan mengendalikan persembahan.

SASARAN PESERTA

Pensyarah dan guruPegawai kerajaan yang dituntut membuat pembentanganPelajar sekolah dan penuntut IPTJurujual dan eksekutif perniagaan

BAYARAN PENYERTAAN
Seorang peserta RM700 (tanpa penginapan); RM1,300 (dengan penginapan twin sharing); RM1,600 (penginapan single)
Bayaran akan meliputi kos penceramah, bahan edaran, makan minum, penginapan (bagi yang berkenaan), dan bahan-bahan lain yang diperlukan.

PENYERTAAN
Penyertaan boleh dibuat dengan mengisi borang yang dilampirkan dan menghantarkannya kepada

Urus Setia
MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY
901A Kompleks Diamond, Jalan Medan Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor
Tel: 013-3077722/03-89259085 Faks: 03-82101355
E-mel : mediumbooks@yahoo.com
Laman Web: http://www.mediumbooks.net/



Leave your comment