Jumpa anda di Perlis!


Alhamdulillah, semalam saya menerima jemputan sebagai penceramah bengkel teknik pengajaran berkesan dengan PowerPoint. Jemputan diterima dari Unit Pengajaran dan Pembelajaran, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

InsyaAllah Bengkel akan diadakan pada 16-17 Disember 2008 di UniMAP, Taman Kechor Indah Fasa 2, Kangar, Perlis.

Kepada para pensyarah dan tutor UniMAP yang tak sabar-sabar hendak mengajar dengan teknik penggunaan PowerPoint yang betul, jumpa anda di sana!



Leave your comment