Gagap Dapat Dipulihkan?


Dewan Bahasa, Oktober 2008.

Oleh: SYAHRUL NIZAM JUNAINI

Statistik tahun 2006 yang dikeluarkan oleh Hospital Kanak-kanak Kebangsaan, Amerika Syarikat (AS) mendapati bahawa arah aliran bilangan kanak-kanak yang menghidap apraxia meningkat lebih dua kali ganda berbanding dengan tahun sebelumnya.

Apraxia adalah gangguan pertuturan dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami kesukaran melafazkan bunyi asas satu-satu perkataan. Apraxia dan gagap merupakan dua masalah yang saling berkaitan dalam kalangan kanak-kanak.

Kanak-kanak yang dikesan gagap terutama yang mula memasuki alam persekolahan dapat dikenal pasti melalui beberapa ciri. Secara mudah perkataan yang hendak diluahkan seolah-olah tertahan-tahan. Semasa bercakap, mereka sering terhenti-henti. Misalnya, untuk memanggil ayah, mereka akan menekan huruf “y” yang dipanjangkan sebelum dapat melafazkan sepenuhnya suku kata kedua,”yah”.

Sebenarnya masalah kanak-kanak gagap sudah lama menjadi topik hangat masyarakat penyelidik. Namun setelah lebih sedekad penyelidikan, kebanyakannya masih menyatakan kesukaran dalam mencari tonik ajaib untuk mengatasi masalah ini. Daripada aspek sejarah, Dr. Bryngelson, pakar perintis dalam bidang patologi pertuturan telah mula mengkaji masalah gagap dalam kalangan kanak-kanak seawal tahun 1938.

* Untuk bacaan lanjut, dapatkan Dewan Bahasa, Oktober 2008. ms 34-35.



Leave your comment