Buangkan sahaja slaid anda


Pada setiap permulaan semester bagi setiap sesi kuliah, saya akan menyunting semula slaid pengajaran. Segala kelemahan dalam persembahan pada semester lepas saya cuba perbaiki.
Kaji semula kesesuaian slaid persembahan anda.


Beberapa perkara yang ditekankan dari segi penyuntingan adalah seperti berikut:
  • Buangkan beberapa slaid yang tidak lagi releven.

  • Kurangkan bilangan slaid jika persembahan yang lepas terlalu panjang.

  • Tukar warna fon dan latar belakang jika terlalu terang/gelap.

  • Tukar jenis dan saiz fon jika ianya tidak jelas atau terlalu kecil.

  • Kurangkan teks yang terlalu penuh pada satu-satu slaid.

  • Pecahkan satu slaid yang sesak ke beberapa slaid yang lain.
Beberapa penambahan juga dibuat:
  • Kemaskini contoh dengan laporan dan berita terkini

  • Sertakan statistik terkini

  • Tukar tarikh persembahan dikemaskini



Leave your comment