Anda tidak inginkan PowerPoint?


Katakan anda memilih untuk tidak menggunakan PowerPoint di dalam persembahan anda. Maka pastikan anda mempraktikkan panduan berikut untuk memberi ‘power’ kepada persembahan anda yang sudah agak hilang ‘power’nya.

  • Interktiviti - Teori pembelajaran dan ingatan menyatakan bahawa lebih banyak seseorang terlibat secara interaktif dalam sesuatu perkara, maka semakin banyak dia mengingatinya. Libatkan audien anda sebanyak mungkin. Tanya soalan kepada mereka. Buat survey ringkas. Suruh mereka angkat tangan.

  • Libatkan deria yang lain - Pasangkan klip audio atau tayangkan rakaman video. Suruh mereka dengar dan lihat walaupun anda tidak menggunakan PowerPoint.

  • Elakkan Audien Kebosanan - Jangan sekali-kali melakukan perkara yang sama untuk tempoh yang agak lama. Bayangkan betapa bosannya para pendengar jika anda bercakap secara berterusan untuk setengah jam atau lebih. Mereka tiada apa untuk dilihat kerana anda tidak menggunakan PowerPoint.



Leave your comment