MALAM SEJAMBAK KALAM SEGUMPAL BAKTI, TAHUN 2007


Senarai pemenang Peraduan Mengarang Esei Kenegaraan 2007. Saya berdiri nombor tiga dari kanan. Alhamdulillah memenangi tempat ketiga, kategori orang awam. Hadiahnya RM500.


Pada malam 20 Julai 2007 telah berlangsung Majlis Malam “Sejambak Kalam Segumpal Bakti” bagi penyampaian hadiah pemenang Peraduan Mengarang Esei Kenegaraan 2007 dan meraikan anggota-anggota Jabatan yang telah dan akan bersara bagi tahun 2007. Majlis pada malam tersebut telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Awang Tengah Bin Ali Hassan, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak merangkap Exco Penerangan Negeri.

Seramai 16 orang pemenang peraduan yang terbahagi kepada kategori Orang awam, Pelajar IPTA/IPTS dan Pelajar Sekolah bagi esei Bahasa Malaysia dan Bahasa Iban serta 14 orang pesara jabatan menerima hadiah dan cenderamata pada malam tersebut. Antara tetamu VIP yang turut hadir pada majlis ini adalah Y.B. Tuan Haji Mohd. Naroden Majais, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera), Y.B. Encik Larry Sng Wei Sien, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Perancang Ekonomi) dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Perancangan), Y.B. Encik Slyvester Entri Muran, Menteri Muda Bekalan Air dan Y.B. Encik Abu Seman Jahwie, ADUN Jemoreng.

Sumber: Jabatan Penerangan Negeri Sarawak



Leave your comment