Meja pensyarah



Ngeri pun ada apabila saya melihat gambar di atas. Meja pensyarah menjadi cermin tentang peribadi pensyarah. Meja yang penuh dengan timbunan kertas jurnal dan tugasan pelajar menunjukkan dia seorang yang sibuk (teori ini tidak semestinya benar).

Hari ini saya ingin kongsikan satu tip inovasi di tempat kerja. Sejurus sampai di pejabat, lapangkan meja kerja. Pindahkan segala dokumen, khazanah lama dan harta Qarun karun yang tiada kaitan dengan kerja hari ini ke tempat lain. Di atas meja hanya ada komputer, dokumen dan benda yang diperlukan sehingga pukul 5 petang ini sahaja.

Di pejabat saya ada banyak almari. Saya sumbatkan sahaja segala harta harun karun ke dalamnya.

Rakan Facebook saya, Puan Dayang Rahanah mengatakan bahawa perkara ini telah diamalkannya sejak 8 tahun yg lalu. Kata beliau:
"... Aku teringat dgn bekas pengetua aku di St.Teresa Isekarang telah bersara, Mr.Tan. Amalan beliau sebelum balik petang, meja mesti dikemaskan supaya esok bila kita sampai pejabat meja kita dalam keadaan kemas. Jadi mood kerja pun bagus. Bayangkan kita datang pagi meja kita berselerak. Maka Otak kita mungkin juga akan berselerak. Secepat mana pun kita nak balik petang. Kemaskan meja kita dahulu. Cuba amalkan. Rasai perbezaannya."
Selamat mencuba!

Kredit gambar: ErgonomicChair.com



Leave your comment