Showing posts with label ict dalam pendidikan. Show all posts


Pensyarah tidak minat menulis buku?


Statistik 2005 melaporkan tidak sampai 10 peratus pensyarah yang menulis buku. Apa puncanya? Adakah kerana nilai royalti yang terlalu rendah? Bagi saya royalti yang ditawarkan oleh penerbit universiti lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh penerbit komersil. Adakah kerana Pasaran buku ilmiah agak kecil berbanding buku popular?

"... daripada hampir 600 buah institusi pengajian tinggi (termasuk 20 institut pengajian tinggi awam) sedia ada dengan tenaga akademik atau ilmuwan melebihi 20,000 orang, hanya 6.4 peratus yang menyumbang dalam penerbitan buku pada tahun 2005 (Utusan)."
Apapun, mungkin jawapan persoalan ini ada pada kata-kata berikut:
“Menulis karya yang layak diterbit, mencari orang yang dapat dipercayai untuk menerbitkannya, dan mendapatkan orang yang waras untuk membacanya merupakan tiga kesukaran utama sebagai penulis." - CHARLES CALEB COLTON


Bengkel Penulisan Blog dalam Kalangan Pustakawan


Pagi ini saya dijemput menjadi penceramah merangkap moderator bagi Bengkel Penulisan Blog dalam Kalangan Pustakawan, PKMA, UNIMAS. Alhamdulillah para peserta berjaya menyiapkan blog masing-masing. Fokus bengkel ialah bagaimana blog boleh dimanfaatkan bagi promosi PKMA.

Gambar-gambar menarik semasa bengkel berlangsung:






Workshop on Bridging Communication & Information Gaps (2)





















Terima kasih daun keladi kepada Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak kerana sudi menjemput saya. Ada masa boleh jemput lagi. He...he... :)





















Saya tengah bersemangat menunggu giliran membentang.... Duduk di tengah ialah En. William Patrick Nyigor, pengarah Unit ICT, Jabatan Ketua Menteri Sarawak. Paling kanan ialah Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) Sarawak Information Systems Sdn Bhd - SAINS, Teo Tien Hion.





















CEO AZAM (kanan) pun hadir mendengar pembentangan saya, Datu Aloysius Dris.





















Kesemua speaker lain bercakap sambil duduk. Tetapi saya masih terbawa-bawa mood di dewan kuliah... biasalah... ke mana tumpahnya air mineral kalau tidak ke daun keladi! :-)