Showing posts with label SM Sains Miri - photo. Show all posts


Empat kali dalam 24 jam!


Semasa di Sek Men Sains Miri, program saya sangat padat. Saya diminta berceramah sebanyak empat kali dalam masa 24 jam.

Saya diberikan tempoh 1-2 jam bagi setiap ceramah. Tajuknya berbeza-beza.

Sudah tentu sebotol air mineral menjadi teman sejati. Sampai di hotel, bantal pula tempat melepas penat!

Sungguh penat bercakap... tetapi hati puas kerana dapat berkongsi kepakaran dan pengalaman dengan para guru dan pelajar.

Terima kasih Sek. Men. Sains Miri! Semoga yang disampaikan bermanfaat.































Ceramah Motivasi PMR, SM Sains Miri, Sarawak


Ceramah Motivasi Persediaan PMR
31 Mac 2009, 8.30-10.00 pg.
Sek Men Sains Miri, Sarawak




















Terima kasih... Menerima cenderamata daripada Puan Ida Huong Chiet Yen.




















Wah! Budak-budak tingkatan 3 pun dah sama besar dengan bapak budak yang berumur 30an...


Program Perfect Score SPM, SM Sains Miri


30 Mac 2009, 8.30-10.30 mlm
Kpg. Sukan PETRONAS, Miri




















Para pelajar tingkatan 5 Sek Men Sains Miri kusyuk mendengar penerangan daripada penceramah yang diterbangkan khas dari Kuching.




















Lawak juak penceramah tuk ohh... ;-) Muka jak nampak serius...





















Terima kasih daun keladi... Menerima cenderamata daripada Puan Haslinda Jedi, Penolong Kanan Pentadbiran, Sek. Men. Sains Miri.