Showing posts with label Persembahan Hebat. Show all posts


Best seller












Alhamdulillah, buku Persembahan Hebat dengan PowerPoint mendapat sambutan pembaca. Ia berada di tangga ke-5 sebarai terlaris 1-15 Ogos 2010 bagi kategori bisnes dan pengurusan di portal PTS. Terima kasih atas sokongan tuan/puan.


Persembahan Hebat di Sinar Suci, Kuching


Dapatkan buku Persembahan Hebat di kedai buku Sinar Suci Sdn Bhd, Jalan Haji Taha, Kuching.




















Namun malangnya buku diletakkan pada rak yang salah. Ia sepatutnya diletakkan pada rak 'Computers' dan bukan "Economics."


Persembahan Hebat di MPH The Spring, Kuching





















Pusat membeli belah The Spring.





















MPH Bookstores terletak di aras 2.





















Buku Persembahan Hebat dengan PowerPoint ada di rak Komputer.

Cuma tandatangan penulis tak ada. Kalau mahu, tempah terus daripada saya. E-mel syahruln77@gmail.com.


Penyampai yang berkualiti


Penyampai yang berkualiti umpama pencerita yang pandai memikat pendengar. Beliau juga dihormati kerana ilmu yang ada padanya. Dua bentuk ilmu yang perlu ada:

1. Ilmu berkenaan perkara yang disampaikan.
2. Ilmu dalam teknik bercerita.

Menurut Lefton dan Buzzotta (2003), menguasai kemahiran
persembahan dapat meningkatkan proses memindahkan idea. Ia
menentukan bagaimana satu pihak dapat menguasai pihak yang
lain. Ia juga dapat memastikan proses komunikasi dua hala
sentiasa berterusan.

Dengan menguasai kemahiran persembahan, eksekutif pemasaran dapat memasarkan produknya. Pensyarah pula dapat menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Persamaan yang ada pada mereka adalah kedua-duanya menerima tepukan gemuruh daripada khalayak. Keuntungan daripada segi kewangan mungkin lebih ketara pada eksekutif.

Buku ini membongkar khazanah dan rahsia kemahiran membuat persembahan. Anda akan dihidangkan dengan panduan, peraturan, rahsia dan teknik persembahan yang betul.


Persembahan Hebat dgn PowerPoint diiklankan di mysimplifieds.com


Buku Persembahan Hebat dengan PowerPoint ada diiklankan di mysimplifieds.com.


Persembahan Hebat dgn PowerPoint @ myais


Anda juga boleh memuat turun previu buku Persembahan Hebat dgn PowerPoint di Malaysian Abstracting and Indexing System (MyAis).


Improving the Quality of Teaching and Learning through the Power of PowerPoint


by Syahrul Nizam Junaini

I still remember the first time I presented my tutorial using OHP slides way back in 2001, I was a tutor then. During that time it was a rare occasion for us to see PowerPoint slides being presented through LCD projector at lecture halls, seminar rooms and classes.However, recent advancement of Information and Communication Technology (ICT) has made electronic presentations the norm in the university environment.

As a result, most lecturers have excitedly embraced this technology. Some of them have developed greater amount of Microsoft PowerPoint expertise. As a university lecturer, PowerPoint presentations have become an essential part of teaching and learning activity. On the other hand, the true ‘power’ of PowerPoint has not much been explored to improve the teaching process.

The purpose of this article is to share some simple tips to powering up your PowerPoint presentation.

Why PowerPoint?

Generally, the results of several published studies highlight the benefits of PowerPoint on student performance. Studies have continuously point out that students in general believed that the use of PowerPoint assists their learning.

For instance, Craig and Amernic (2006) indicate that students like to be taught using PowerPoint because they think that it is entertaining, enhance clarity, and most importantly, aid recall of subject matter. According to Apperson et al. (2006) students responded more favourably toward the classes taught with the use of PowerPoint.

Furthermore, your students might be more motivated to attend your lectures when presentation graphics were used in your PowerPoint. One of my colleagues in the faculty uses not only static image, he also uses embedded related funny videos in his PowerPoint slides!

However, please bear in mind that PowerPoint is not a sacred effective instructional apparatus revealed from heaven. It works best and most valued when used as a stimulus for explanation and elaboration, as well as discussion in classrooms.

Full article: http://www.calm.unimas.my/insite_v10/article3.html


Persembahan Hebat dgn PowerPoint @ CAIS, UNIMAS



Kepada pelajar UNIMAS peminat fanatik Persembahan Hebat dengan PowerPoint, jangan khuatir. Dapatkan segerabuku di CAIS @ perpustakaan UNIMAS sementara stok masih ada!





PHdPP Menyeberangi Tambak Johor


PHdPP turut ditempah oleh Natioanal Library Board, Singapore.

http://newarrivals.nlb.gov.sg/itemdetail.aspx?bid=12842481


Senarai Lengkap Pembelian PNM 2007


Disalin dari UniversitiPTS


UNIKA mengucapkan syukur kepada Tuhan yang maha kaya kerana dengan izin dan limpahan rahmatnya buku-buku berikut telah dipilih oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi pembelian 2007.

Pembelian PNM Terus dari Penulis:

1. Penyiasat Ekstrovert: Misteri Villa Penn

2. Persembahan Hebat dengan Power Point

3. Oren

4. Pendidikan Selepas SPM

5. Nomik Azam Farid

6. 7000 Mutiara Kata

7. Kamus Peribahasa Melayu Inggeris

8. Panduan Mencari Maklumat

9. Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik

10. Bagaimana Mengurus Harta Pusaka

11. Didik Anak Urus Wang

12. Teknik Melukis Komik & Kartun

13. Motivasi Alihan Pelajar

14. Tukang Gunting Jutawan

15. Penyiasat Ekstrovert: Serangan Amfish

16. Sekolah Kampung

17. Seindah Senyuman

18. Quran Saintifik

19. Berubah Untuk Kaya

20. Hamas


Original Entry:


Dapat Perahu, Dapat Pendayung



Sudahlah buku ini dipesan PNM 1092 naskhah, pengarangnya, seorang pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak, juga dapat naik pangkat disebabkan beliau mempunyai buku yang sudah terbit!

Syukur kepada Tuhan yang maha memberi ganjaran kepada hambanya yang berusaha menulis buku yang memandaikan bangsa. Kita tumpang gembira.


Persembahan Hebat dengan PowerPoint Laris



Buku ini terjual sebanyak 1092 naskah.
Diborong oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

http://universitipts.com/index.php/site/comments/buku_ini_dipilih_pnm1/


PHdPP @ www.pts.com.my


Syahrul Nizam Junaini

PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

RM 18.00 / RM 21.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 9789833585847

Tarikh Terbit: 11 Januari 2007
Jumlah Muka Surat : 160 halaman
Persembahan Hebat Dengan PowerPoint bukan sekadar untuk eksekutif yang sering membuat presentation. Pada masa kini, tidak ada bidang kerjaya yang terkecuali daripada membuat persembahan.
Ia perlu menjadi rujukan bagi pensyarah, doktor, pegawai komunikasi korporat, ahli perniagaan, pereka bentuk, jurutera, para pelajar dan sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan kemahiran persembahan.

Buku ini memberi tip dan maklumat bagaimana: -Menggunakan Microsoft PowerPoint dengan efektif. -Membina keyakinan semasa pengucapan umum. -Meningkatkan kualiti persembahan. -Menarik perhatian audiens pada persembahan.

Syahrul Nizam menulis buku ini dengan menitikberatkan tiga elemen penting iaitu isi, penyampai dan bantuan persembahan. Semua elemen ini dapat meningkatkan kualiti kerjaya anda melalui persembahan.


Sinopsis Bab 1 - Persembahan Hebat


Bab 1 Ciri-ciri Persembahan Hebat

Sekadar tahu sahaja berkenaan kecemerlangan tidak mencukupi. Kita perlu cuba
mendapatkannya dan menggunakannya.
- Aristotle -


Para eksekutif pasti sering menjalankan urusan perniagaan di merata-rata tempat dengan menaiki kapal terbang. Semasa di dalam pesawat, kita sering melihat ada antara ahli-ahli perniagaan dan eksekutif yang sibuk menyediakan slaid persembahan. Masa yang berlalu dengan pantas menuntut mereka memanfaatkan setiap detik yang terluang.

Dunia perniagaan hari ini semakin kompetitif. Ia menuntut semua pihak supaya saling bersaing. Bagi seorang eksekutif, kelainan yang ditonjolkan dalam persembahan mampu menarik perhatian pelanggan. Ia juga dapat menggugat para pesaing dalam merebut pelanggan. Justeru, para eksekutif perlu mencari kaedah yang terbaik bagi menghasilkan persembahan yang canggih dan berkualiti.

Bab ini membincangkan berkenaan ciri-ciri penyampai yang baik dan persembahan yang hebat.