Showing posts with label PaMa. Show all posts


Selami isu penyusuan bayi secara online


Oleh Syahrul Nizam Junaini, Pa&Ma, April 2009.

Adakah anda baru sahaja menimang anak sulung? Sebagai ibu, sudah tentu isu utama yang anda risau ialah dari segi penyusuan bayi anda. Sudah tentu anda tercari-cari sumber bagi mendapat maklumat tentang perkara penting ini. Adakah anda mampu menyusukannya? Ingin pelajari teknik penyusuan terbaik bagi permata hati anda?

Kini jangan risau. Terdapat banyak laman web yang menyediakan maklumat berguna bagi membantu anda.

Artikel bulan ini mengupas tiga laman sesawang (web) yang boleh anda layari. Saya akan bincangkan satu laman web dari luar negara dan dua dari dalam. Kesemuanya padat dengan panduan praktikal yang akan menambah keyakinan anda menyusukan bayi.

Artikel penuh di ictpama.blogspot.com


Blog baru arkib artikel Anak & ICT, Majalah Pa&Ma



Blog baru arkib artikel Anak & ICT, Majalah Pa&Ma boleh didapati di http://ictpama.blogspot.com/


Didik anak menjadi Saintis Muda


Pa&Ma Disember 2008.



Mengapa si kecil menggemari kartun animasi?


Pa&Ma Disember 2007


OLEH SYAHRUL NIZAM JUNAINI

Pertalian antara kanak-kanak dan kartun animasi adalah cukup mudah. Bagi kanak-kanak, semua perkara adalah tidak mustahil berlaku. Begitu juga dengan kartun animasi. Ini kerana tiada istilah logik kamus dunia kanak-kanak kecil. Dunia imaginasi si kecil juga tiada batasan.

Sebagai contoh, watak Batman boleh melakukan hampir apa sahaja untuk menyelamatkan sebuah bandar. Si kucing Tom pula sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak logik bagi memastikan Jerry berjaya ditangkap. Teknologi animasi boleh melakonkan apa sahaja keadaan tanpa batasan logik.

JUNAINI, S.N. 2007. Anak dan ICT: Elemen Mengapa si kecil menggemari kartun animasi? Pa&Ma, Dec 2007, 84-85, Kuala Lumpur.


Elemen Keseronokan dalam Perisian Pembelajaran


OLEH SYAHRUL NIZAM JUNAINI

Di negara maju seperti United Kingdom, kanak-kanak sudah boleh menguasai asas komputer melalui program celik ICT sejak mereka berumur 5 tahun lagi. Polisi kerajaan mereka juga telah berjaya menghasilkan lebih banyak perisian pembelajaran yang dikhaskan untuk kanak-kanak. Kandungan multimedia digital seperti ini mampu memikat hati kanak-kanak supaya lebih tertarik untuk belajar.

Sebagai contoh, melalui permainan interaktif, tindak balas segera daripada kanak-kanak dapat dilihat dan dikaji. Kandungan perisian seperti ini juga dapat menilai aras tindak balas kanak-kanak berdasarkan pelbagai mod deria (sensory modality).

JUNAINI, S.N. 2007. Anak dan ICT: Elemen keseronokan dalam perisan pembelajaran. PaMa, Sept 2007, 84-85, Kuala Lumpur.