Showing posts with label Internet. Show all posts


Jurutera mangsa tipu Internet


UALA LUMPUR 17 Mac - Seorang jurutera kerugian RM3,455 setelah terpedaya janji manis wanita dari luar negara yang dikenali melalui Internet untuk memberinya hadiah.

Segala-galanya bermula dua bulan lalu apabila mangsa yang ingin dikenali sebagai Fahmi 'didatangi' oleh Nadia Emily Osman, seorang wanita Inggeris Islam berusia 28 tahun dari London, United Kingdom.

"Sejak berkenalan dengan Nadia, kami sering bertukar-tukar e-mel di antara satu sama lain dan lama kelamaan kami menjadi rapat.

"Walaupun rapat, saya berhati-hati kerana sangsi terhadapnya. Ini kerana gambar Nadia dalam profilnya tidak menggambarkan dia seorang Islam," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.

Fahmi berkata, awal bulan ini, Nadia memaklumkan kepadanya untuk melawat Malaysia pada penghujung Mac ini dan ingin menghadiahkan dirinya sebuah komputer riba dan seutas jam tangan yang akan dihantar menerusi khidmat kiriman bungkusan.

"Peliknya, Nadia akan kirimkan bersama sejumlah wang tunai 10,000 Pound Sterling (RM52,000) untuk perbelanjaan ketika melawat Malaysia.

"Tetapi selepas melayari laman web syarikat pengirim dan memeriksa kod bungkusan yang diberikan Nadia, ia terbukti wujud dalam rekod mereka. Cawangan syarikat itu terletak di Kuching, Sarawak," katanya.

Sumber: Utusan Online


When "The Internet" And "Email" Sounded High-Tech


My late father bought me a 286 PC in 1992!

Floppy disk (A drive) was popularly used that time. The size is 5 1/4.












And I still remember "chatting" using TELNET in 1995!

Then I have created my first ever personal homepage using tripod from Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) UTM. It was created on 25 March 1997. Never been updated since 30 March 1997.




Elemen manusia pada pelayar web


Bosan dengan teks dan grafik? Kini masukkan 'manusia' pada laman anda.

Lihat di sini: bellmedia.com



Salah guna Internet menjadi-jadi


INTERNET kini telah menjadi sebahagian daripada kemudahan yang penting dalam kehidupan kita, berbeza dari zaman sebelum wujudnya Internet.

Internet atau alam siber telah memudahkan kehidupan kita dengan membolehkan komunikasi dan transaksi dilaksanakan secara online.

Antara kemudahan yang diperoleh daripada kemudahan Internet antaranya ialah kita tidak lagi perlu beratur untuk membuat transaksi bank atau membayar bil. Maka kita dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas dan boleh menjimatkan tenaga dan masa. Dengan adanya Internet, kita juga boleh membaca ruangan ini secara maya dengan hanya melayari Utusan Online.

Bagaimanapun, faktor kemanusiaan amat penting dalam menentukan sama ada teknologi dapat dimanfaatkan dengan baik ataupun disalahgunakan.

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan kes gambar peribadi seorang ahli politik yang disebarkan di Internet tanpa pengetahuan apatah lagi kebenarannya.

Ini adalah satu contoh pencerobohan hak peribadi individu. Malangnya, isu sebegini masih belum ada proses penyelesaian berkesan terutamanya jika melibatkan penerbitan di luar negara. Kebanyakan kes seperti ini masih tertunda dan tidak terbela.

Selain daripada pencerobohan hak peribadi, antara jenis-jenis penyalahgunaan Internet ialah seperti hasutan melalui blog, penipuan Internet seperti skim cepat kaya dan lain-lain lagi.

Secara peribadi, saya merasakan mungkin perlu ada satu sistem perundangan dan kehakiman siber yang bersifat lebih universal bagi menangani isu-isu jenayah siber.

Selain itu juga, kita boleh mengelak daripada menjadi mangsa jenayah siber dengan mengambil langkah-langkah pencegahan, ini kerana saya merasakan mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Saya ingin menasihatkan para pembaca supaya lebih bijak dalam menggunakan kemudahan yang ada, serta tidak mengambil peluang menyalahgunakan semua kemudahan tersebut seperti mengambil gambar-gambar yang terlalu peribadi kerana ia mungkin boleh disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia

Sumber: Utusan Online, 18 Mac 2009

Gambar: britannica.com


Internet percuma tarik generasi muda ke masjid


Bilik komputer disedia untuk kemudahan penduduk

ALOR SETAR: Orang ramai terutama jemaah masjid di daerah ini berpeluang menggunakan perkhidmatan internet jalur lebar (wi-fi) apabila Masjid Aman, di sini, menyediakan perkhidmatan berkenaan khusus untuk penduduk setempat sejak Januari lalu.

Imamnya, Abdul Jalal Abdul Latiff, 77 berkata perkhidmatan yang disediakan adalah untuk memberi kemudahan kepada ahli jemaah dan orang ramai yang ingin melayari internet untuk tujuan ilmiah di kawasan masjid berkenaan.

Beliau berkata, penyediaan perkhidmatan itu juga adalah selaras dengan perkembangan bidang berkenaan yang kini merentasi dunia tanpa sempadan selain dijadikan landasan untuk menarik lebih ramai jemaah muda mengunjungi rumah ibadah terbabit.

Katanya, pihaknya turut menyediakan sebuah bilik komputer yang dilengkapi dengan tiga buah komputer untuk memberi kemudahan kepada penduduk sekitar terutama kegunaan anak khariah masjid itu.

"Tujuan utama kita menyediakan kemudahan ini adalah untuk menarik golongan remaja terutama pelajar untuk mendekati masjid sambil menggunakan kemudahan komputer dan internet di sini.

"Biarlah mereka menggunakan kemudahan di sini secara percuma asalkan usaha untuk mendekati golongan sasaran tercapai. Selepas ini barulah kita akan aturkan pengisian program untuk mereka," katanya ketika ditemui selepas majlis sambutan Maulidul Rasul di masjid itu, semalam.

Abdul Jalal berkata idea untuk menyediakan perkhidmatan timbul hasil perbincangan dengan pegawai dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid itu yang ingin melihat kehadiran golongan remaja di masjid berkenaan.

Beliau berkata, orang ramai termasuk penduduk sekitar boleh menggunakan perkhidmatan itu secara percuma pada setiap hari sambil dipantau oleh AJK masjid berkenaan.

Katanya, kewujudan kemudahan itu juga boleh mengelak golongan remaja daripada menghabiskan masa di pusat internet yang semakin banyak di sekitar kawasan terbabit.

"Sehingga kini sambutan yang diterima menggalakkan dan kita berharap lebih ramai remaja terutama pelajar menggunakan kemudahan komputer di masjid ini selain bercadang untuk menambah bilangan komputer di bilik berkenaan.

"Orang ramai termasuk badan-badan korporat dan syarikat swasta yang berminat boleh turut serta untuk menyumbang komputer di masjid ini," katanya.

Sebelum itu, Abdul Jalal menerima anugerah Tokoh Imam Negeri Kedah sempena sambutan Maulidul Rasul peringkat negeri di Kolej Universiti Insaniah, di sini, semalam.

Beliau berkata, anugerah itu akan menjadi pemangkin kepadanya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat terutama dalam merencanakan pelbagai program di masjid berkenaan.

Berita Harian,11 Mac 2009.