Saya baru pulang menghadiri Bengkel sayembara fiksyen sains dan teknologi UTM-Utusan
. Ia diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuching, Sarawak.
Bengkel ini bermanfaat untuk penulis bukan fiksyen yang ingin terjun ke litar perlumbaan antara 'motosikal' fiksyen. Insyaallah saya akan cuba memerah otak mem'fiksyen'kan pengetahuan sains yang ada. Dapatkan syarat penyertaan di sini.
Blog Idea Menulis menyenaraikan beberapa lubuk idea untuk menulis novel sai-fai:
- Ruangan Alam Sekitar, Sains dan Teknologi, akhbar Guardian (UK) di http://www.guardian.co.uk/environment
- Majalah Popular Science di http://www.popsci.com/
- Majalah The Futurist terbitan World Future Society di http://www.wfs.org/futurist.htm
- Majalah Discovery Channel di https://www.rdasia.com/rd/rdhtml/en/discoverychannel/
- Majalah R&D di http://www.rdmag.com/default.aspx
- Portal Nature di http://www.nature.com/
Pembentangan Hebat tanpa PowerPoint oleh Dr. Amida@Hamidah bt. Abdulhamid (Anis), "Mahu menulis novel sains & teknologi?”
Prof. Dr. Ahmad Zaki bin Abu Bakar, "Memfiksyenkan sains dan teknologi"
Slaid oleh En. Mohamad Saleeh Bin Rahamad, "Nilai, Ideologi dan Sarana Sastera dalam Cereka Sains”
Para peserta.